Sunday, April 18, 2010

P094 : Muhyiddin cuba Memperbodohkan Pengundi

Kan aku dah cakap kat sini hari tu.. Nama Kamalanathan ini diletakkan kerana ianya senang dimanupulasi oleh UMNO/BN.. Nama Kamal akan diperkenalkan kepada pengundi Melayu manakala Kamalanathan pula akan diperkenalkan kepada pengundi India..

Dan Muhyiddin pula telah menambah “Alan” pula akan digunakan sebagai nama Cina kepada Kamalanathan..

Jelas kelihatan disini Muhyiddin telah terpengaruh dengan propaganda bodoh Blogger Pro UMNO yang mahukan Kamalanathan diletakkan sebagi calon PRK Hulu Selangor sebelum Samy Vellu meletakkan nama Palanivel..

P. Kamalanathan menurut beberapa Blog Pro UMNO dikenali juga dengan nama manja Kamal..

Jadi nampaknya kelebihan P. Kamalanathan calon BN di Hulu Selangor ini hanyalah terletak pada namanya saja, tiada kelebihan yang lain dari selain namanya yang boleh dimanipulasi oleh UMNO/BN..

*******************************

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.

“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.

“Adakah Kamalanathan akan menjawab di kalangan orang ramai jika seseorang memanggilnya “Kamal” atau “Alan”? Tentunya, tidak” katanya dalam ketika berkempen di beberapa kampung di Kuala Kubu Baru hari ini.

Menurut Lim, jika nama Kamalanathan mewakili nama “Kamal”, “Alan” dan “Nathan”, dia sepatutnya mempunyai nama yang lebih panjang dan dipanggil “Kamalalannathan”!

“Calon BN
bagi kerusi Hulu Selangor itu akan menjeling ke arah anda jika dipanggil dengann nama itu,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan sama ada nama Muhyiddin Yassin layak disifatkan sebagai mencerminkan nama “1Malaysia”.

“Di mana komponen Cina dan India. Bagaimana pula dengan komponen Kadazan dan Iban?” soalnya.

Katanya, semua nama rakyat berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban melambangkan 1Malaysia kerana ia adalah bukti Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa.

“Muhyiddin tidak sepatutnya memperkecil-kecilkan nama rakyat, sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau mana-mana rakyat Malaysia.

“Amat mendukacitakan kenyatan itu datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya dan cuba memperkecilkan kononnya calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai nama 1Malaysia berbanding Kamalanathan,” katanya lagi.

Lim berkata Muhyiddin harus sedar bahawa dia telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails