Monday, April 19, 2010

P094 : Minum arak tu cerita lama (Video Inside)

Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang menyerangnya secara peribadi. Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor.

Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

“Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.

"Kalauorang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya.

Bekas menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog.

Malah semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kenmpen mereka.

Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika muda dan beliau kini sudah insaf.

Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.






Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails