Wednesday, April 7, 2010

P094 : MIC! Bukan UMNO yang bertanding...

Maka mengigit jarilah penyokong-penyokong UMNO yang mahukan calon dari UMNO..

Walaubagaimana hebatnya korang melobi nampaknya Najib tidak peduli apa kata akar umbi...

Alaa... apa susahnya.. korang anggaplah calon dari MIC tu sebagai mamak..



Persoalan parti mana dari komponen BN yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor terjawab hari ini apabila perdana menteri berkata ia akan ditandingi oleh calon dari MIC.

"Kerusi (parlimen) Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon dari MIC, kerana itu kerusi MIC," kata Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan siapakan calon dari MIC itu.

"Biar calon ditentukan oleh pengerusi BN (Najib) sebab saya nak kita menang," kata Najib yang juga pengerusi BN.

Sebelum ini, MIC telah mengemukakan timbalan presidennya, Datuk G Palanivel untuk bertanding sekali lagi di Hulu Selangor.

Umno bahagian juga mendesak supaya kerusi itu dikembalikan kepada Umno.

Bagaimanapun, semalam dilaporkan bahawa, Umno boleh menerima calon dari MIC tetapi bukan Palanivel.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails