Friday, April 16, 2010

P094 : Lima calon bebas turut meriahkan suasana

Dengar ceritanya Calon-calon bebas yang bertanding dalam PRK Bukit Selambau dulu, semua perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk bertanding telah dibayar sepenuhnya dan mereka juga telah dianugerahkan beberapa projek oleh Kerajaan Pusat..

Di PRK Hulu Selangor ini pula sehingga sekarang 5 Calon bebas dilaporkan akan turut memeriahkan PRK Hulu Selangor ini dan sehingga 14 April Empat belas borang penamaan calon telah diambil.

Adakah mereka juga turut dijanjikan dengan janji yang sama sebagaimana calon-calon Bebas di Bukit Selambau dulu?


Oleh B Nantha Kumar dan Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Tidak kurang dari lima calon bebas turut memeriahkan suasana apabila mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Tiga daripada mereka menyatakan rasa tidak puas terhadap pucuk pimpinan MIC yang mereka dakwa telah mengabaikan nasib masyarakat India dan dipinggirkan dari arus pembangunan.

Apabila dihubungi , seorang daripada mereka, V S Chandran berkata, "saya akan bertanding di Hulu Selangor dan telah pun membayar wang deposit sebanyak RM5,000 semalam.

"Saya menetap di Hulu Selangor selama 54 tahun. Saya kenal setiap inci bumi Hulu Selangor," katanya.

Chandran, bekas pengerusi bahagian MIC Hulu Selangor dipecat dari parti tahun lalu ekoran masalah disiplin.

Beliau berkata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan Timbalannya Datuk G Palanivel adalah pembohong. Selama tempuh empat penggal Palanivel sebagai anggota parlimen kawasan itu kehidupan rakyat bertambah susah. Jumlah rakyat miskin semakin meningkat.

"Saya tidak bimbang dua parti besar bertanding.Saya yakin dapat memenangi kerusi itu. Tidak dapat disangsikan lagi," kata beliau.

Mengulas mengenai calon MIC, Chandran berkata, "langkah Barisan Nasional (BN) untuk menukar calon adalah betul.Siapa pun calon yang diletak oleh BN akan ditewaskan dengan mudah kerana mereka membantu rakyat ketika pilihan raya sahaja."

Seorang lagi calon yang turut bertanding, Pengerusi MIC Cawangan Bukit Bintang, T Ananthan yang bersetuju dengan pendapat Chandran berkata, "saya pasti akan bertanding di Hulu Selangor kerana telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan MIC.

"Kenapa tidak ada pemimpin lain daripada Samy Vellu yang diberi kuasa untuk mengetuai parti," soal beliau.

MIC gagal perjuang nasib masyarakat India

Beliau juga menyelar ahli jawatankuasa MIC pusat dan lain-lain ahli yang berdiam diri, tidak berani menegur pemimpin parti (Samy Vellu).

Ditanya mengenai peluang beliau sebagai calon bebas beliau berkata, saya tahu saya tidak akan menang tetapi matlamat utama saya ialah untuk mendapatkan 1,500 hingga 3,000 undi di kalangan pengundi India.

"Jika saya mendapat lebih dari 1,500 undi maka jelas menunjukkan bahawa masyarakat India tidak menyokong MIC sebagai sebuah parti," ujar beliau.

Bekas wartawan Bernama itu berkata, "walaupun kampung saya di Kajang tetapi ini tidak bermakna saya tidak boleh mendapat sokongan masyarakat India. Masyarakat India, baik di kampung atau di bandar, menghadapi masalah yang sama.Saya faham benar masalah-masalah mereka.

Apabila ditanya tentang calon BN, itu bukan masalahnya.Saya yakin calon BN akan ditewaskan oleh Dato’ Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat," katanya.

Sumber berkata Anandhan akan menarik diri dari bertanding pada saat-saat akhir.

Sementara itu, bekas ahi MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) J Anuratha, 40, akan mengumumkan hari ini sama ada beliau akan bertanding di Hulu Selangor.

Anuratha lulusan pengajian perniagaan berkata, "bapa saya dikenali ramai di Hulu Selangor. Beliau banyak menolong orang.

"Dari sejak kecil, saya ikut bapa saya untuk membantu rakyat. Berdasarkan keyakinan ini, saya yakin dapat sokongan rakyat di Hulu Selangor," katanya.

Beliau berharap para pengundi akan memberi peluang kepadanya untuk pergi ke Parlimen bagi meneruskan kerja-kerja membantu mereka.

Aminah Abdullah, 57, bekas ketua wanita Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang juga mengisytiharkan beliau akan bertanding di Hulu Selangor.Beliau pernah bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang tetapi tewas hingga hilang deposit.

Sementara itu, Hindraf juga mengumumkan akan meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor, 25 April ini.

Setiausahanya, V.K.Regu berkata, pemimpin Hindraf telah bertemu dan mengambil keputusan menyertai PRK ini. Bagaimanapun, katanya nama calon Hindraf akan diumumkan kemudian.

Beliau berkata, "masyarakat keturunan India di negara ini masih dipinggirkan. Makkal Sakti Parti Hak Asasi Manusia tidak berjuang untuk memperjuangkan hak asasi kaum India di Malaysia.

Mereka katanya, sudah menyimpang dari semangat pergerakan itu walaupun pemimpin mereka adalah sebahagian dari Hindraf.

"Kami tidak kisah sama ada menang atau kalah. Tetapi Hindraf yakin akan dapat sekurang-kurangnya 5,000 undi dari pengundi India," katanya.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails