Tuesday, April 13, 2010

P094 : Kalau nak penyapu lagi.. UNDILAH BN!!

“Penyapu merupakan satu lambang penghinaan dan sial bagi sesetengah orang. Anugerah penyapu yang diberikan oleh Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo Itu seolah-olah menghina penduduk hulu selangor”



Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs) menerima Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 dalam bentuk penyapu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyol menyerahkan penyapu itu kepada wakil kedua-dua jabatan pada majlis yang diadakan sempena Bulan Kualiti 2007 Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini semalam.

PDT Hulu Selangor dan MDHS merupakan jabatan yang mendapat markah terendah dalam jumlah kutipan hasil tahun lepas daripada sasaran 90 peratus bagi hasil semasa dan 70 peratus bagi tunggakan.

PDT Hulu Selangor mengutip 55 peratus hasil semasa dan 56 peratus tunggakan manakala MDHS memungut 66.9 peratus hasil semasa dan 23.4 peratus tunggakan.

Bagaimanapun selepas pengumuman mengenai pemberian anugerah khas itu dilakukan, PDT Hulu Selangor telah mengutip 85 peratus hasil semasa dan 76 peratus tunggakan, sementara MDHS memungut 69.2 peratus hasil semasa dan 26 peratus tunggakan setakat September lepas.

Mohamad Khir kemudiannya memberitahu pemberita, pemberian penyapu itu merupakan simbolik yang bertujuan supaya pengurusan dan kakitangan jabatan “membersihkan” sikap tidak baik di kalangan mereka dan supaya kakitangan yang tidak produktif diambil tindakan.

“Walaupun mencapai tahap minimum, tetapi tidak ada pegawai yang telah diambil tindakan, yang bererti pegawaipegawai seolah-olah merestui prestasi mereka yang rendah. Jadi tindakan perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata pemberian penyapu bukan untuk menjatuhkan maruah tetapi bagi membersihkan sikap buruk dan amalan itu akan diteruskan kepada jabatan yang tidak mencapai tahap maksimum kualiti perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Bagi jabatan yang cemerlang dan mencapai sasaran, kakitangannya diberi insentif seperti lawatan ke luar negara, katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN 13 NOVEMBER 2007

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails