Thursday, April 22, 2010

P094 : Cium Tangan itu Biasa... Berbohong itu yang Luar Biasa

Muhyiddin Yassin mempertahankan tindakan calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan yang mencium tangan para pemimpin Umno ketika bersalaman dengan berkata ini menunjukkan bahawa beliau tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu.

Katanya lagi ini adalah helah pembangkang yang sanggup memutar belitkan fakta tersebut dan mengatakan bahawa tindakan Kamalanathan itu menunjukkan bahawa MIC tunduk kepada Umno, menunjukkan bahawa pembangkang sudah kehabisan modal.

Bukan itu yang dipertikaikan Muhyiddin.. yang menjadi isu disini ialah kenapa Kamalanathan calon BN dari MIC yang menjadi kesayangan UMNO berbohong dengan menafikan bahawa beliau telah mencium tangan Muhyiddin.

Cium tangan itu memanglah satu kebiasaan dalam budaya masyarakat Malaysia tetapi berbohong itu adalah luar biasa lagipun ianya bukanlah satu budaya masyarakat Malaysia.

Lebih luar biasa lagi bila ianya dilakukan oleh Kamalanathan calon BN yang dicanangkan oleh Muhyiddin mempunyai pekerti yang sangat mulia….

Kelmarin dalam satu sidang akhbar yang tidak dirancangkan di Ladang Kerling, Hulu Selangor, beliau cuba menafikan yang beliau telah mencium tangan Muhyiddin..

Beliau juga telah bertanya bila beliau telah mencium tangan Muhyiddin malah mencabar agar ditunjukkan dimana beliau melakukannya..

Katanya “Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,”

Laporan sepenuhnya sila baca di sini.

Dan gambar dibawah telah dikeluarkan untuk menjawab pertanyaannya itu. Ternyata beliau telah berbohong dengan menafikan beliau telah mencium tangan Muhyiddin..





Calon BN cium tangan pemimpin Umno, bukti tahu adat resam, budaya Melayu

HULU SELANGOR, 22 April — Tindakan calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan yang mencium tangan para pemimpin Umno ketika bersalaman menunjukkan bahawa beliau tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata helah pembangkang yang sanggup memutar belitkan fakta tersebut dan mengatakan bahawa tindakan Kamalanathan itu menunjukkan bahawa MIC tunduk kepada Umno, menunjukkan bahawa pembangkang sudah kehabisan modal.

“Tiada bahan, tiada modal lagi ke, perkara yang baik dijadikan tidak baik, sebab itu saya labelkan pembangkang ini raja putar alam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.

Muhyiddin berkata jika hendak dibandingkan Kamalanathan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Penerangan MIC itu jauh lebih baik daripada segi budi bahasa.

“Saya tak suruh dia cium tangan saya tetapi beliau berbuat begitu mungkin kerana dia sudah faham, bagi saya calon ini amat merendah diri, tidak meninggi hidung, hormati semua pemimpin.

“Kalau dia beri salam pada pihak lain, bertemu dengan orang lain sama ada cium tangan atau tidak, itu tiada apa, mungkin itu adat Melayu yang biasa. Adat lain mungkin tak biasa, bagi saya itu bukan kerana kehendak kita tetapi menjadi satu kebiasaan yang beliau hormati orang tua,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai melutut dan menunduk kepada Umno kerana ia satu perbuatan merendah diri yang diamalkan oleh calon yang mempunyai nilai-nilai yang harus dihargai.

“Saya tidak langsung melihat itu sebagai satu perbuatan sampai tunduk dan melutut, macam sesetengah pembangkang kata begitu. Mungkin pembangkang tidak tahu bahasa atau kurang bahasa, jadi bila seseorang sudah ada bahasa begitu dia kata ini sebagai luar biasa.

“Di Malaysia perkara ini tidak luar biasa, saya lihat kadang-kadang orang Cina yang jumpa Perdana Menteri di Seri Perdana waktu Hari Raya salam dan mahu cium kadang-kadang mahu peluk pun ada, jadi apa benda yang hendak diguna sebagai isu,” katanya.

Muhyiddin berkata pembangkang kini pun sukar menepis dakwaan-dakwaan moral calon mereka iaitu Zaid yang tersebar luas menerusi media dan blog-blog.

“Di peringkat awal-awal lagi Zaid sudah berhadapan dengan tamparan hebat, sehingga kini tiada satu pihak di kalangan pemimpin mereka yang menolak kenyataan yang dikeluarkan media, penulis blog, dia tiada cara hendak tolak,” katanya.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails