Friday, April 16, 2010

P094 : Bilik Gerakan MIC lesu..

Lesulah.. peruntukan tak sampai lagi.. dah sampai nanti cergas lah balik.. takkan Muhyiddin tak faham lagi kot...

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.

Seorang pemimpin MIC cawangan memberitahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.

"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi, lebih semangat untuk kempen," kata ketua cawangan MIC Taman Juta KD Raj (kiri).

Beliau diminta mengulas tahap kesediaan jentera MIC yang mungkin berdepan dengan 'keretakan' ekoran pemilihan Kamalanathan sebagai 'calon kompromi' dengan mengenetepikan dua lagi pemimpinnya - timbalan presiden G Palanivel dan ketua Pemuda bahagian, V Mugilan.

Raj berkata, majoriti pemimpin akar umbi MIC sedang menunggu Samy memperkenalkan calon pilihan BN kepada mereka petang ini.

Tinjauan Malaysiakini tengah hari ini juga mendapati, bilik gerakan MIC masih lengang dan tidak aktif. Hanya kelihatan kira-kira sepuluh orang petugas parti sahaja ketika kunjungan tersebut kira-kira jam 12.30 tadi.

Raj juga mengakui, semenjak dua hari lepas, aktiviti bilik gerakan parti itu dan kunjungan daripada rumah ke rumah masih perlahan.

Mengaku berkempen untuk Palanivel sebelum ini, Raj juga mendakwa Mugilan "bertindak seorang diri" dan cuba menonjolkan dirinya mendapat sokongan daripada sayap Pemuda parti itu.

Sementara itu, bendahari MIC Hulu Selangor D Arumugam juga mendakwa 'kelembapan jenteranya' sebelum ini ekoran tindak tanduk Mugilan yang didakwanya berkempen supaya dipilih menjadi calon.

Bagaimanapun, tambah Arumugam, mereka kini telah menerima Kamalanathan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam.

Menjelang pengumuman itu, sehari sebelum itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah antara pemimpin penting Umno yang dilaporkan berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC.

Kenyataan tersebut dilihat seakan-akan memberikan isyarat sokongan kepada Mugilan.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails