Saturday, April 17, 2010

P094 : Bantah tindakan Polis dan SPR, Anuradh nyatakan sokongan kepada PKR

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan bahawa seorang lagi calon tidak sempat memfailkan kertas pencalonannya kerana lewat tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, calon tersebut - Anuradh Jeyasingam - sepatutnya datang lebih awal.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anuradh hendak menghantar borang.

Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis menghalangnya, Abdul Aziz berkata:

"Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak bertanding, dia kenalah datang awal

"Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang," tambahnya.

Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah.

Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol loceng.

Mengenai insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pagi tadi, Abdul Aziz berkata, ia disebabkan ada penyokong yang tersesat masuk ke dalam kumpulan lain.

Berikutan itu, katanya, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling membaling objek.

Dakwa dihalang polis

Sementara itu, Anurad memberita media, mendakwa dia tiba jam 9.40 dekat pintu pagar pusat penamaan calon itu, tetapi dihalang oleh polis.

Beliau mendakwa, pihak polis membuatnya bersama suami dan seorang penyokongnya, menunggu di luar pagar hinggalah tamat tempoh penamaan calon.

Berikutan itu, katanya, beliau akan berkempen menyokong PKR.

Anurad (tengah) selepas itu pergi menemui ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata beliau mengalu-alukan sokongan Anurad itu.

Anurad - seorang guru sekolah swasta - berkata, bapanya adalah seorang pengasas kepada penubuhan MIC bahagian Hulu Selangor.

Manakala suaminya, K Subramaniam berkata berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini.

Anurad berkata, beliau adalah pernah menjadi ahli MIC di bahagian Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur selama sepuluh tahun.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails