Monday, April 5, 2010

Nak naik gaji, Terima GST - Najib

Samada kenyataan Najib ini bernada desakan atau ugutan terpulanglah kepada kita sendiri untuk menilaikannya.

Najib berkata gaji kakitangan kerajaan boleh dinaikkan tetapi dengan syarat mereka menerima dan menyokong perlaksanaan GST oleh kerajaan.

Kerana menurut Najib GST adalah salah satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan, ianya penting jika kakitangan kerajaan mahukan pendapatan yang lebih baik dimasa hadapan.

Disini Najib telah menjelaskan kepada kita bahawa GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan itu adalah perlu dan penting buat kerajaan dalam menambah pendapatan kerajaan da n jelas yang memperolehi keuntungan dari GST ini adalah kerajaan.

Untuk membolehkan gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerajaan perlukan sumber tambahan iaitu GST jadi Kakitangan kerajaan perlu menyokong GST untuk menerima kenaikkan gaji..

Jadi apa perlunya kakitangan kerajaan menerima kenaikkan gaji, jika kenaikkan gaji yang diterima itu akan digunakan pula untuk menanggung beban GST yang dikenakan oleh kerajaan?

Dan yang pastinya GST yang akan ditampung oleh kakitangan kerajaan itu pasti jauh lebih tinggi dari kadar kenaikkan gaji yang diberi oleh kerajaan.…


****************************************

K'tangan k'jaan perlu sokong GST jika mahu gaji lebih baik

Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

"Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat," kata beliau dalam program "Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri” yang disiarkan Bernama TV.

Najib, yang juga menteri kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.

Beliau berkata dengan mendapat sokongan daripada semua penjawat awam, akan membolehkan kerajaan melakukan yang lebih baik untuk semua rakyat.

Najib bagaimanapun menolak tanggapan bahawa kerajaan tunduk kepada tekanan politik berikutan perubahan fikiran dilihat dalam pelaksanaan GST dan peraturan dua harga petrol, dengan menyatakan lebih banyak masa diperlukan untuk sokongan dan kepercayaan rakyat bagi inisiatif itu.

Beliau berkata pembangkang telah memutar belitkan fakta berhubung cadangan GST yang menyebabkan kerajaan memerlukan masa untuk
menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat bagi jangka masa panjang.

Jadi kita bukan mengambil keputusan untuk menghentikannya tetapi untuk menangguhkannya sehingga projek itu mendapat lebih penerimaan umum.,” katanya.

Mengenai penstrukturan semula subsidi dua harga petrol, beliau berkata ia merupakan sistem yang amat kompleks dan tidak berbaloi, tetapi “kita akan tetap mengurangkan subsidi. Cuma akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.”

“Jadi, ia akan dilaksanakan dengan teratur dan berhati-hati,” kata Najib.

Kepada soalan yang ia mungkin dilaksanakan selepas pilihanraya umum, Najib yang ketawa mendengarnya berkata: “Tentunya akan ada yang sinis

dan skeptikal tetapi ia harus dihadapi sebagai cabaran dan kita perlu membuktikan yang mereka salah.”

Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails