Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai menganggap Muhyiddin Yassin tidak layak untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana kenyataannya yang hanya membela kaum tertentu dan tidak mengambil kira perasaan seluruh rakyat.Beliau berkata sedemikian ketika mengulas seruan Muhyiddin Yassin agar Melayu jangan berhenti mempertahankan kepentingan Melayu dan bumiputera hanya kerana takut dilabel sebagai rasis.
Pemuda Gerakan berasa kesal dengan kenyataan "yang tidak sepatutnya keluar dari mulut TPM" ini, kerana jelas membela kaum tertentu dan tidak mengambil perasaan seluruh rakyat.
"Seandainya Muhyiddin mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai Naib Presiden UMNO, kenyataan ini bertujuan untuk membela hak bumiputera dari sudut Melayu. Tetapi sebagai TPM seluruh rakyat, hujah sedemikian tidak boleh diterima," katanya.
"Bertitik tolak daripada itu, Muhyiddin hanya layak menjadi Naib Presiden UMNO dan tidak layak menjadi TPM untuk seluruh rakyat. Beliau harus sedar bahawa dasar afirmatif harus merangkumi semua kaum dan bukannnya kaum tertentu," tambah Dominic Lau Hoe Chai.
Selain itu, Dominic Lau (gambar kiri) berkata, di banyak negara yang lain, dasar digubal untuk membela kaum minoriti dengan memberikan jagaan yang istimewa kepada golongan ini. Sebaliknya, di Malaysia, tumpuan diberikan kepada kaum yang terbesar, dengan hak istimewa yang dinikmatinya. Dari perspektif antarabangsa, ia kurang wajar dan jelas kurang adil kepada kaum minoriti.
Dominic berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa seandainya Model Ekonomi Baru (MEB) ingin memenuhi keperluan semua kaum, maka golongan sasaran harus dikaji. Di Malaysia, orang Melayu dan bumiputera mencakupi 60% populasi, adalah golongan sasaran terbesar yang mempunyai keperluan terbesar.
*Kenyataan media oleh Dominic Lau Hoe Chai, selaku Setiausaha Pemuda Gerakan.

3 comments:
Hello Dominic, we all dah lama cakap that Muhyiddin not fit jadi TPM sebab perut dia buncit makan haram, itu pasal dia bukan kita punya TPM, dia TPM UMNO sebab UMNO ialh parti buncit. You jangan hanya pandai cakap Muhyiddin tak layak, cakap lah siapa yang layak mau kasi ganti itu Muhyiddin, Tsu Koon ka?
Expect UMNO Youth 2 march 2 Gerakan's office and demand for this guy's head
Bro Si Aman Eco Rangers..
I thought yours expectation is too high la..
They have no ball so how dare they to march??
Post a Comment