Friday, April 2, 2010

Muhyiddin mula menabur project di Hulu Selangor

Lihat pada ayat yang aku warnakan dengan warna merah..

Baru hari ini diumumkan tarikh pilihanraya dan penamaan calon, Muhyiddin mula menabur projek buat penduduk Hulu Selangor...


Hulu Selangor: Palanivel ‘bisu’ soal tanding, Samy enggan ulas

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 2 April — Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel masih ‘membisu’ berhubung peluang beliau dipilih semula sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi yakin wakil MIC akan dikekal bertanding lagi.

Sementara Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu enggan mengulas soal pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa lagi pasal pilihan raya kecil, saya tidak mahu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider susulan reaksi Palanivel.

“Ini sebenarnya kerusi MIC dan selalu ditandingi MIC.

“Memang akan ada permintaan ketika pilihan raya. Tetapi ini adalah pilihan raya kecil... tidak harus ada gangguan (dengan perubahan kerusi) kerana ini kawasan pengundi campuran,” kata Palanivel ketika ditemui di pekarangan Masjid Kg Sentosa di sini hari ini.

Ada desakan daripada Umno agar meletakkan calon parti itu di kerusi Hulu Selangor dengan dikembalikannya kepada Umno.

Ketika diulang tanya harapan beliau diturunkan semula, Palanivel memberitahu “nama saya dicalonkan oleh parti dan presiden.”

Justeru kata Palanivel, beliau menyerahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan mengenai nasibnya sama ada mahu menurunkan ataupun sebaliknya.

“Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya. Saya serahkan kepada Perdana Menteri... parti sudah menyerahkan nama saya, biar pucuk kepimpinan membuat keputusan,” katanya.

Palanivel ditemui pada majlis dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Kg Sentosa.

Majlis itu merupakan persinggahan kedua Muhyiddin di sini selepas pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 25 April ini sebagai hari pengundian jika ada pertandingan.

Pukul 3 petang tadi Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menghadiri majlis Sepetang TPM Bersama Warga Pendidik Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor di Ulu Yam.

Muhyiddin mengumumkan pembinaan empat sekolah baru di Hulu Selangor termasuk tiga sekolah rendah.

Di Kg Sentosa beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk program mengelak banjir.

Palanivel bertanding di Hulu Selangor sejak 1990 tetapi tewas pada 8 Mac 2008.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa beliau tidak rapat dengan penduduk Hulu Selangor, Palanivel sudah turun kawasan sejak Oktober lalu.

“Anda boleh tengok pergerakan saya di laman web saya, ada tarikh dan masa,” katanya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails