Saturday, April 24, 2010

Memang Kamalanathan bukan dari Kota Bharu.. tapi Sungai Siput..

Videoclip dibawah mendedahkan Kamalanathan pengundi dari mana...

Katanya "Saya bukan dari Kota Bharu, Kelantan sebaliknya rumah saya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor, iaitu Rawang," tetapi daftar pemilih menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pengundi di Sungai Siput.

Jadi jika beliau adalah pengundi di Sungai Siput, maka beliau juga bukanlah anak tempatan, tidak ada bezanya antara beliau dan Dato Zaid Ibrahim..kedua-duanya bukan anak tempatan..

Kata Kamalanathan beliau arif tentang kawasan Hulu Selangor.. tapi kalau saudara-saudari sekelian nak tahu.. GPS atau Navigator dalam kereta saya tu.. bukan setakat Hulu Selangor malah Singapore, Malaysia dan Thailand pun arif jugak tu..

Bukan setakat jalan raya malah rupa bentuk muka bumi pun Navigator tu tahu.. kah.. kah.. kah..



Hipokritnya...

Kamalanathan arif kawasan Hulu Selangor

HULU BERNAM: "Saya bukan dari Kota Bharu, Kelantan sebaliknya rumah saya dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor, iaitu Rawang," kata calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan.

Katanya, walaupun pada awalnya segelintir pihak menganggap beliau sebagai 'orang baru' di kawasan itu, hatinya gembira melihat sambutan pengundi terhadapnya. Kamalanathan berkata, beliau akan bekerja keras dari pagi hingga malam untuk membantu rakyat dan bagi membuktikannya, pengundi perlu memberi peluang kepadanya untuk berbuat demikian.

"Hari mengundi sudah semakin hampir, namun saya tetap bekerja kuat menemui rakyat di serata kawasan Hulu Selangor.

"Rayuan saya kepada rakyat di kawasan ini, beri saya satu peluang pada pilihan raya kecil ini dan saya akan membuktikan perkhidmatan saya," katanya ketika ditemui di Ladang Escot di sini semalam.

Ketua Penerangan MIC itu berkata, beliau juga amat terharu dengan sokongan dan bantuan yang diberikan rakan komponen BN dalam tempoh lapan hari berkempen.

"Mari kita sebagai rakyat bersama-sama membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"BN bertindak adil berbanding pembangkang dan ia dapat dibuktikan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor apabila kerusi parlimen itu diberikan kepada MIC. Walaupun calon BN ini adalah India (Kamalanathan) BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

"Permintaan saya kepada rakyat Hulu Selangor, anggaplah saya sebahagian daripada anda. Saya sudah bersedia untuk membantu anda," katanya.

Sementara itu, Kamalanathan turut berkunjung ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Escot dekat sini bersama-sama dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany yang juga Naib Presiden MIC dan pemilik ladang, Datuk Yahaya Koming.- Berita Harian




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails