Monday, April 5, 2010

Kerajaan Peruntukkan RM22 Juta kepada Sepang International Circuit Sdn. Bhd?

Saya menjadi keliru bila membaca laporan dari Bernama yang mengatakan Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan kepada Sepang International Circuit Sdn. Bhd. Sebanyak RM22 Juta setahun yang lepas.

Dibawah, serba sedikit yang saya tahu pasal Sepang International Circuit Sdn. Bhd..

Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit -SIC) di bangun kan oleh GLC (Government Link Company) , Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan rekod pembangunan sekitar hanya 18 bulan dengan kos sehingga mencecah hampir RM400 juta.

Pengerusi pertamanya, Allahyarham Tan Sri Basir Ahmad berjaya membawa SIC ke mercu yang boleh di banggakan. Tahun pertama (1999) , ia di nobatkan sebagai ‘Best Organiser' di sukan F1. Walaubagaimanapun, ini hanya mungkin boleh di tafsir sebagai 'pembodekan' FIA (badan berkanun F1) kepada negara yang pertama kali menganjur F1. Bahrain menang pada 2004 pada tahun penganjuran pertamanya. Singapura juga memenangi penghargaan serupa dalam penganjuran F1 malam pertama pada 2008. Tahun 2009, besar kemungkinan Dubai memenanginya.

Dato' Mokhzani Tun Mahathir telah menjadi Pengerusi Litar Sepang bermula tahun 2003. Pengurus Besar atau CEO (Chief Executive Officer / Ketua Pegawai Eksekutif) SIC pula telah bertukar tangan sebanyak 4 kali bermula dengan Hussin Ali, Dato' Azmi Murad, Datuk Ahmad Mustafa, kembali kepada Dato' Azmi Murad dan yang terbaru Ahmad Razlan Ahmad Razali.

Yang mengelirukan saya dan membuat saya tertanya-tanya ialah kenapa Kerajaan perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM22Juta kepada Sepang International Circuit Sendirian Berhad? Baca betul-betul.. Sepang International Circuit Sendirian Berhad.

Maksud saya Sendirian Berhad.. kenapa kerajaan perlu menyediakan peruntukan untuk sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang mahu melakukan penambahbaikkan?

Jadi tidak hairanlah kalau Pengerusi Sepang International Circuit Sendirian Berhad itu boleh tersenarai sebagai antara 20 rakyat Malaysia yang terkaya...


****************************************************



Perlumbaan F1 2010 Sangat Menarik, Kata Najib

SEPANG, 4 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Petronas Malaysia edisi ke-12 yang berlangsung di Litar Sepang, Ahad sangat menarik.

Beliau berkata perlumbaan yang membabitkan 12 pasukan itu telah berjalan dengan lancar dan sangat kompetitif.

"Saya sangat gembira kerana pemandu pasukan Mercedes GP Petronas F1 Team, Nico Rosberg telah berjaya menjadi pemenang di tempat ketiga sekaligus menaiki podium," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlumbaan terbabit.

Najib berkata secara keseluruhan semuanya berjalan dengan baik dan lancar termasuk pembabitan Malaysia di dalam perlumbaan F1. Beliau turut memuji pasukan pertama F1 dari Malaysia, Lotus Racing yang turut beraksi melalui dua pemandunya, Jarno Trulli (Itali) dan Heikki Kovalainen (Finland) dan menyifatkan persembahan pasukan itu buat masa ini "bagus namun memerlukan beberapa tahun untuk meningkat."

Perlumbaan F1 pada tahun ini membabitkan dua pasukan yang mempunyai kepentingan Malaysia iaitu Mercedes GP Petronas F1 Team yang Petronas sebagai rakan penaja pasukan dari Jerman itu, dan Lotus Racing, pasukan F1 pertama dari Malaysia yang turut pertama kali beraksi pada kejuaraan F1 tahun ini.

Edisi ke-12 pada tahun ini, dikuasai dua pelumba Red Bull Racing apabila Sebastian Vettel mencatatkan masa satu jam 33 minit 48.412 saat untuk muncul sebagai juara manakala rakan sepasukan Mark Webber di tempat kedua.

Sementara itu pengerusi Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Mokhzani Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai penambahbaikan Litar Sepang yang perlu dilakukan setiap 10 tahun, berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan kepada pihaknya setahun yang lepas.

"Kita telah membelanjakan peruntukan terbabit sebanyak RM22 juta dan kini masih berbaki RM18 juta," katanya.

Mokhzani berkata beberapa kemudahan di litar terbabit akan dibaik pulih sebelum edisi ke-13 pada tahun depan terutamanya melibatkan bumbung bangunan paddock (utama) yang telah bocor.

BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails