Friday, April 2, 2010

Kemerdekaan Sabah, Sarawak: Kes menuju Bangsa-Bangsa Bersatu

Kalau Sabah dan Sarawak benar benar keluar dari Malaysia.. apa nak jadi dengan UMNO/BN ya? Selama ini Sabah dan Sarawak lah yang membolehkan mereka terus berkuasa di Semenanjung...

Habislah UMNO/BN kali ini.. talian hayat pun dah nak lari..


Oleh Athi Shankar

GEORGE TOWN: Sekumpulan aktivis sosial dan tokoh politik ternama dari Malaysia Timur sedang menimbang dengan serius untuk menarik Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mereka merancang membawa kes ini kepada Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengendalikan pungutan suara (referendum) mengenai status negeri-negeri Borneo sebagai negara-negara yang merdeka.

Mereka tidak mahu lagi negeri-negeri ini berada di bawah cengkaman pentadbiran Umno-Barisan Nasional di Putrajaya.

Kumpulan ini telah mendapatkan nasihat undang-undang dari masyarakat antarabangsa untuk meneroka semua kaedah demokrasi yang wujud bagi mengisytiharkan Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang berdaulat secara berasingan.

Sumber-sumber berkata kumpulan ini ingin melihat supaya tidak berlaku sebarang bentuk rusuhan awam, penumpahan darah dan konflik bersenjata dengan kerajaan pusat, yang biasa dikaitkan dengan gerakan-gerakan pemisah.

"Mereka mahu menyelesaikan isu-isu yang terdesak dengan cara aman dan bertamadun," kata sumber itu.

Adalah difahamkan seramai tujuh wakil dari kumpulan ini telah menemui P Waytha Moorthy, pengerusi Hindraf yang menetap di London di Indonesia awal minggu ini untuk membincangkan perkara itu.

Sumber-sumber yang rapat dengan kumpulan itu berkata para aktivis itu mendapatkan bantuan Waytha Moorthy bagi dilantik sebagai wakil di Bangsa-Bangsa Bersatu.

Waytha Moorthy dipercayai bersetuju untuk membantu mereka, dengan bantuan beberapa pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh.

Baru-baru ini Waytha Moorthy menyalurkan rasa tidak puas hati dan permasalahan mereka terhadap kerajaan persekutuan di parlimen United Kingdom.

Merampas dan mengikis hasil negeri secara sistematik

Kumpulan aktivis ini begitu kecewa dengan tindakan kerajaan pusat melanggar hak negeri, kepentingan dan faedah untuk rakyat selama lebih empat dekad sejak pembentukan Kerajaan Persekutuan pada 1963.

Kumpulan ini marah dengan perampasan dan mengaut hasil mahsul negeri secara sistematik oleh Umno dan kroni-kroninya," kata sumber itu.

Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura menyertai Malaysia dalam 1963.

Bagaiamanapun, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

Para aktivis dari Sabah dan Sarawak percaya sama seperti Singapura, negeri-negeri mereka juga boleh dikeluarkan dari Malaysia.

Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang kaya dengan sumber asli di Malaysia, dengan potensi kekayaan simpanan gas dan perhutanan yang melimpah ruah.

Bagaimanapun, rakyat Sabah dan Sarawak yakin mereka akan kekal miskin disebabkan oleh "manipulasi dan penindasan" ke atas hak kuasa mereka untuk mentadbir kehidupan sendiri.

Tidak berpuas hati dengan wang petroleum

Mereka tidak berpuas hati dengan hanya mendapat lima peratus wang royalti hasil pengeluaran minyak dari negeri mereka, manakala pentadbiran Putrajaya "mencuri" 95 peratus dari wang petroleum.

"Rakyat Sabah dan Sarawak sedar bahawa mereka mendapat bahagian yang tidak adil. Mereka tahu adanya "rompakan pada siang hari" terhadap sumber kekayaan kurniaan Allah," kata sumber itu.

KaIau lain ialah mengenai kewujudan kira-kira 1.7 juta pendatang tanpa izin sebagai warga negara Sabah yang telah mendapat taraf kerakyatan yang sah.

Orang-orang Sabah menganggap para pendatang tanpa izin ini, kebanyakannya beragama Islam dari Filipina dan Indonesia sebagai peninggalan Dr Mahathir Mohamad.

"Kerajaan ketika di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sistematik membawa masuk orang-orang asing ini dan memberi mereka kerakyatan.

Kini mereka memegang MyKad yang sah di Sabah. Ini merupakan satu keadaan yang melampau dan pelik," kata sumber itu.

Isu pendatang tanpa izin di Sarawak tidak seburuk di Sabah walaupun kemudaratannya adalah sama.

‘Memperkosa khazanah hutan’

Isu utama di Sarawak ialah "perkosaan terhadap kekayaan hasi mahsul perhutanan" oleh kerajaan Taib Mahmud yang disokong oleh Umno dengan mengenepikan hak-hak penduduk pribumi.

Orang-orang pribumi juga marah terhadap penindasan ke atas hak tanah adat oleh pihak berkuasa meskipun mahkamah persekutuan memutuskan sebaliknya.

Penduduk Sabah dan Sarawak juga dikatakan tidak senang dengan proses "memelayukan dan mengislamankan", yang meresap masuk ke dalam sistem politik dan birokrasi mereka.

Para aktivis mendakwa kerajaan persekutuan telah melantik penduduk-penduduk tempatan yang beragama Islam untuk menerajui jabatan-jabatan kerajaan dan di beberapa portfolio di peringkat kementerian untuk mempercepatkan proses ini.

"Pemimpin-pemimpin Islam dan ketua-ketua birokrasi ini adalah patung yang mengikut rentak tarian tuan-tuan mereka di Putrajaya," kata sumber itu.


freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails