Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, April 29, 2010

Kawan-kawan!! Musa Hassan dah Merajuk ooiii!!!

Setelah dikritik hebat dari berbagai pihak samada dari Kerajaan ataupun Pakatan Rakyat berhubung tragedi menembak mati seorang pelajar, inilah jawapan professional yang rakyat Malaysia perolehi dari seorang Ketua Polis Negara.

Katanya jika kita tidak mahu Polis menguatkuasakan undang-undang beritahu saja, beliau akan mengarahkan anggotanya supaya tidak menguatkuasakan undang-undang..

Sangat Proffesional jawapan itu.. macam budak-budak.. sikit-sikit merajuk..

Jadi kalau Polis yang sepatutnya bertindak menguatkuasakan undang-undang tidak mahu menguat kuasakan undang-undang apa guna ada Polis?

Apa guna kerajaan membayar gaji anggota Polis yang ditugaskan menguatkuasakan undang-undang itu jika mereka tidak mahu melaksanakan tanggungjawab mereka?

Takkan nak mentekedarah gaji buta saja kot....

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10 6:02pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu.

"Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa.


Malaysiakini

4 comments:

FMZam said...

Apa guna ada PULAPOL kalau keluar2 polis jadi POLONG. Kalau camtu PULAPOL tu Pusat Latihan Polong lah. RESIGN Musa jangan tak RESIGN! Ramai lagi Polis yang layak nak ganti kau. Bodoh aje kerajaan asyik dok sambung kontrak kau. BERAMBUIH LA CEPAT merak embuih ni!

FMZam said...

Dia ni nasib baik masuk Polis, kalau masuk askar memang aku ragging dia cukup2, tiap2 malam gerenti kena "starlight" kat muka dia sampai tamat latihan. Sebab tu lah dia ni kuat merajuk sebab tak cukup ragging.

storm62 said...

woi IGP, kalo tak erti buat kerja baik2, sila beri laluan kpd mereka yg berupaya, beramanah, berprinsip, berdisiplin, bermaruah dan berdedikasi.

ko kena berundur dulu sebagai ketua dan anjing2 ko akan berikut kemudian.

Anonymous said...

KENYATAAN YANG AMAT MEMALUKAN DARI SAORANG KPN.

Archive

Related Posts with Thumbnails