Friday, April 23, 2010

Katak Perak Bebas tuduhan Rasuah..

Dah agak dari semenjak diaorang menjadi Bebas yang menyokong BN lagi.. Cara mudah untuk melarikan diri dari tuduhan Rasuah yang dikenakan keatas mereka walaupun mereka sedar mereka telah diperangkap..

Cerita mereka diperangkap tu aku dengar dari mulut mereka sendiri, kerana sehari sebelum ditangkap itu mereka berada di JDM3 (Sungai Derhaka) membantu gerak kerja menghadapi PRK P044 (Parlimen Permatang Pauh)..


IPOH, 23 April — Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails