Friday, April 16, 2010

Isu YBK : UMNO Bakal mengigit jari...

Pengurusan sesebuah yayasan kebajikan sepatutnya di letakkan di bawah nama kerajaan negeri sebagai pemegang amanah ataupun trustee untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelehwengan. Tetapi dalam kes ini, pengarahnya semacam menjadikan asset ini sebagai milik persendirian dengan suami dan isteri sebagai pengarah.

Dengan asset yang begitu banyak, agak hairan ianya tidak di audit oleh auditor yang bertauliah begitu lama. Tanah sebanyak 2000 ekar ini di negeri Selangor, nilainya adalah terlalu besar untuk ditakbir di bawah nama persendirian. Nilai tanah tidak akan menurun kerana tanah tidak boleh tumbuh dan akan semakin berkurangan saban hari tetapi pertumbuhan manusia akan bertambah.


Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat.

Umno bakal gigit jari lagi nampaknya. Cubaan untuk menjatuhkan imej dan wibawa MB Selangor sekali lagi akan menemui kegagalan. Bahkan lebih buruk dari itu, makar jahat itu akan menempelak Umno sendiri. Kini hampir nasi telah jadi bubur. Sekali lagi pimpinan Umno akan diaibkan.

Isu YBK memang mahu digunakan sebagai modal politik besar mereka di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kampus UiTM Yayasan Basmi Kemiskinan mendadak menjadi sebutan di bibir rakyat Selangor ketika media BN memutarnya dengan dahsyat sekali.

Tampaknya segala akan ‘backfire’. Malang. Lebih perit dan siksa lagi kerana kesemua ini akan didedahkan semasa kempen PRK Hulu Selangor ini. Mentelahan cadangan tapak kampus itu juga adalah di Serendah, Hulu Selangor.

Cermat dan teliti seperti biasanya, MB Selangor yang diserang teruk dengan dakwaan kononnya menghalang penubuhan kampus UiTM di atas tanah seluas 448 ekar di Serendah oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), mengarahkan ketika itu YBK di audit. Penulis, salah seorang ahli panel Penstrukturan Semula Air Selangor cukup memahami ketelitian dan kepantasan beliau bertindak khususnya dalam hal urusan kewangan korporat.

Dakwaannya beliau khianat kepada bangsa Melayu, kerana bukankah UiTM, universiti afirmatif Melayu itu, bagi membantu anak-anak Bangsa Melayu yang hendak dibantu YBK? Beliau kononnya petualang bangsa serta ‘ merupakan satu tindakan politik yang mengenepikan kepentingan Melayu’.

MB Selangor ini cukup mengerti menangani pembangkang di Selangor. 2 tahun pentadbirannya, ramai pimpinan pembangkang telah di’dedahkan’ akibat gelagat buruk mereka sendiri.

Kini laporan awal telah diedarkan kepada Dewan Undangan Negeri , khabarnya oleh Jabatan Audit Selangor, sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan telah di terbitkan.

Sebuah Jawatan Kuasa Khas akan ditubuhkan yang bakal dianggotai oleh pihak Majlis Peguam dan sebuah badan integriti tempatan yakni Transparency International bagi meneliti laporan dan melengkapkan serta tindakan selanjutnya. Kertas putih kerajaan negeri,pada hemat penulis, bakal menyusul

Meneliti laporan awal audit mendapati YBK ini bertindak lebih umpama sebuah badan korporat yang urusniaga utama atau ‘core business’ nya ialah ‘komersial’. Laporan tentang ramai mana golongan miskin tegar dan miskin relatif, dan mudah miskin, yang dikeluarkan dari kepompong kemiskinan, yang sepatutnya tumpuan utama mereka, tidak kedapatan.

YBK yang ditubuhkan sejak 1990, sejak itu telah dianugerahkan kerajaan negeri BN sejumlah 1,977,428 ekar tanah dibeberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi tidak pernah menerima bayaran mahupun laporanya. Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri.

Laporan itu juga mendedahkan bagaimana 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd, anak syarikat YBK telah menggadai atau mortgaged, dengan izin, yang bernilai RM102 juta kepada beberapa pihak. Laporan kewangan YBK yang disiarkan dalam web rasminya tidak membuat apa-apa perincian terhadap aktiviti subsidiary termasuk hal urusan cagaran dsbnya.

Satu lagi pendedahan bersabit projek perumahan di Rawang di atas 8.5 ekar tanah untuk golongan miskin di kawasan Gombak yang telah dibatalkan. Projek tersebut telah ditukar menjadi pembangunan ‘mixed’ yang terdiri dari 410 unit komersial, partment kos sederhana dan flat kos rendah.

Laporan audit turut mendedahkan bahawa YBK dan subsidirinya di kuasai oleh Datuk Zainal Abidin Sakom dmasuk isterinya yang menjadi salah seorang pengarah YBK.

Data terkini yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan, PYBK bukan dimiliki sepenuhnya oleh YBK. YBK hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK.

Pemegang saham lain, Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd memilik 6,200 unit saham manakala Fajar Synergy Sdn Bhd memiliki 6,250 unit saham.

Fajar Synergy Sdn Bhd yang dianggotai Mohd Hilmi Yusop sebagai pengarah manakala Khairul Anuar Selamat@Keliwon sebagai Pengarah syarikat dan Setiausaha syarikat.

Prihatin Ehsan Holding Sdn Bhd pula, Datuk ZainalAbidin Sakom dan Zulhairy Jalaludin sebagai Pengarah syarikat sementara setiausaha syarikat, Rahimi Mohd Noor.

Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat. Oleh itu Menteri Besar mahukan perkara pembinaan kampus UiTM ini dijalankan dengan telus dan bertanggungjawab.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon agar YBK melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi badan itu manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat. Ini bagi membolehkan MB dan kerajaan negeri memantau projek tersebut. Namun begitu, YBK telah menolak permohonan itu.

Bahkan sebaliknya YBK dengan Umno Selamgor menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi membantah cara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangani isu YBK. Dipimpin ketua penerangannya Shukor Idrus, mereka dan anggota NGO Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) berarak daripada masjid negeri. Perkasa menuduh beliau ’angkuh, sombong, berdendam dan menyalahgunakan peruntukan kanun tanah apabila memulangkan bayaran cukai tanah YBK’.

Keputusan MB akhirnya adalah untuk mengambil semula tanah 448 ekar di Serendah yang ditindik untuk projek pembinaan kampus UiTM, meskipun Yayasan Melaka mendakwa sanggup membayar cukai tanah berjumlah RM 5.34 juta, yang dihutang oleh YBK kepada kerajaan negeri.

Asas penolakan bayaran dari Yayasan Melaka, mengikut penjelasan Kerjaan Selangor adalah kerana Seksyen 98 dari Kanun Tanah Negara yang tidak menerima bayaran kecuali dari pemilik tanah. Laporan Audit juga mengesahkan bahawa kedua dua YBK atau PYBK tidak membuat permohonan secara rasmi untuk membangunkan sebuah universiti.

Kertas Putih Kerajaan Negeri Selangor akan bakal mendedahkan segala-segalanya dari perilaku buruk pimpinan Umno dalam pengurusan kewangan negeri dalam dekad-dekad pemerintahan Umno/BN. Bersiaplah!

Pepatah Melayu lama ada menyebutkan ”Songkok pesok dek lonjak awak”. Pepatah Inggeris pula mengingatkan kita ”Orang yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling batu”.

Tegasnya, untuk ingatan semua, inilah antara yang dijanjikan kerajaan Pakatan di Selangor. Bukan hanya air percuma dan segala imbuhan serta pemberian bagi membantu rakyat.

Paling penting, Pakatan menghadiahkan kerajaan yang Telus dan Bertanggungjawab kepada rakyat! Bukan sekadar melaung slogan ”Juara Rakyat” tetapi sebaliknya mengkhianati dan menindas rakyat.


Sumber

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails