Thursday, April 8, 2010

Hulu Selangor : SAMA-SAMA KUAT - Dr Agus

PRK bagi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini dijangka sengit berdasarkan demografi politik semasa di negeri itu. BN yang memerintah Kerajaan Pusat dan Pakatan PKR-DAP-Pas yang mentadbir Selangor dilihat mempunyai pengaruh tersendiri yang seimbang di kawasan itu.


sekadar hiasan


Jika BN boleh menggunakan jentera di Peringkat Pusat, Pakatan 3 parti itu pula dapat menggembleng kekuatannya di peringkat negeri untuk memenangi hati 64,500 pengundi di situ.

Ini bermakna pengundi di situ berpeluang membandingkan pemerintahan dan pentadbiran pihak terbabit selain menilai sama ada "janji-janji manis" yang ditabur pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 telah dikotakan atau tidak.

"Ia pertembungan dua gergasi politik," kata pemerhati politik Dr Mohammad Agus Yusoff . Kali ini, katanya, rakyat akan menilai parti berdasarkan prestasi.

Pengundi Melayu terdiri 34,020 orang atau 52.7 manakala kaum Cina dan India, masing-masing mempunyai 16,964 pengundi atau 26.3 peratus dan 12,453 pengundi atau 19.3 peratus.

Agus berkata walaupun seimbang, kelebihan dilihat berpihak kepada BN berdasarkan beberapa faktor antaranya bahawa ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Hulu Selangor kini dikuasai BN.

DUN terbabit ialah Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali.

Agus berkata faktor lain yang menyebelahi BN ialah dasar kerajaan di bawah Perdana Menteri Najib Razak seperti Model Ekonomi Baru dan Pelan Transformasi Kerajaan yang menarik perhatian golongan bawahan.

"Apa yang penting rakyat nampak perancangan Najib yang mahukan perubahan," katanya.

Namun dalam kedudukan itu, Agus berkata keupayaan pakatan pembangkang dalam membangkitkan dan memanipulasi sesuatu isu berbanding BN sekali lagi dijangka menyerlah pada pilihan raya kecil ini.

"Memang diakui prestasi wakil rakyat BN lebih baik, menjaga kebajikan rakyat dan kurang berpolitik berbanding wakil rakyat pembangkang, namun pakatan pembangkang lebih bijak membangkitkan sesuatu isu," katanya.

Agus berkata bahawa jika sebelum ini pakatan pembangkang menuduh BN menggunakan agensi kerajaan pusat sebagai jentera kempen, namun alasan itu tidak timbul di Hulu Selangor kerana kedudukan dan kelebihan yang sama ada pada pakatan PKR-DAP-PAS yang memerintah kerajaan Selangor.


perakkume

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails