Friday, April 9, 2010

Hulu Selangor : PKR senarai pendekkan 3 nama.

Antara 3 nama yang telah disenarai pendekkan itu ialah Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin..

Sorry la Bro.. aku bukan nak perli hang.. ha.. ha.. ha..



Oleh ROZAID A. RAHMAN

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyenarai pendekkan tiga nama sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

Mereka ialah, Datuk Zaid Ibrahim, Dr Halili Rahmat dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Ketiga-tiganya mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya umum tetapi hanya Zaid pernah menang tetapi atas tiket Umno pada pilihan raya umum 2004 di Kota Bharu.

Menurut sumber-sumber dalaman parti, Dr Halili adalah calon pilihan PKR kerana beliau adalah anak tempatan iaitu dari Batang Kali manakala Zaid berasal dari Kelantan dan Shamsul Iskandar dari Negeri Sembilan.

Dr Halili yang merupakan pakar bedah saraf Melayu yang pertama dilihat sebagai calon yang paling sesuai. Walaupun beliau pernah bertanding di Dun Batang Kali dan tewas tetapi dalam konteks pilihan raya kecil ini, sentimen tempatan memainkan peranan yang sangat besar.

Bagaimanapun PKR mempunyai satu masalah besar. Dr Halili disifatkan sebagai seorang ahli politik yang keberatan.

Beliau menerjunkan diri dalam kancah ini kerana hubungannya dengan Anwar Ibrahim dan sangat komited dengan perjuangan politik Anwar.

Dr Halili masih berkhidmat sepenuh masa sebagai pakar bedah saraf dan ini menghindarnya daripada bergerak sepenuh masa sebagai ahli politik.

Apatah lagi dengan kedudukan tempoh pilihan raya umum hanya tinggal tidak sampai tiga tahun sahaja lagi, Dr Halili merasakan tempoh untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan kerjaya sepenuh masanya sebagai seorang doktor tidak akan menyatu dengan baik.

Pada masa yang sama, pemilihan Zaid akan menyelesaikan 'banyak masalah' dalam PKR.
Zaid adalah seorang yang outspoken atau bersikap berterus terang. Mempunyai pengalaman sebagai wakil rakyat tetapi masalah Zaid ialah dia bukan anak tempatan.

Satu lagi masalah Zaid ialah perwatakan urbannya - sama ada perwatakan seperti itu sesuai dengan kawasan kampung yang akan diwakilinya.

Di Kota Bharu, Zaid tidak mempunyai masalah kerana dia bertutur dalam loghat yang sama tetapi sama ada Hulu Selangor sesuai untuk orang sepertinya adalah sesuatu yang belum teruji lagi.

Tetapi Zaid yang mempunyai begitu ramai rakan dari kalangan peguam Cina dan juga usahawan Cina mungkin menjadi satu aset kepada PR untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 16,900 orang atau mewakili 26.3% daripada keseluruhan pengundi yang berjumlah 64,500 orang.

Tetapi jika PKR mahu mengambil kira undi Melayu yang berjumlah 32,000 orang atau 52.7% daripada keseluruhan pengundi, calon yang terbaik bagi mereka selain Dr Halili ialah Shamsul Md Akin.

Bukan sahaja beliau seorang peguam muda tetapi aura kepemudaan yang diwakilinya dan juga gayanya yang mewakili orang kampung boleh menjadi satu aset kepada PR.

Kerusi parlimen Hulu Selangor menjadi kosong apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang sekian lama menderita sakit meninggal dunia pada 25 Mac.

Pada pilihan raya 2008, Dr Zainal Abidin yang juga yang pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor ketika beliau bersama Umno dahulu menewaskan calon BN dari MIC, Datuk G.Palanivel hanya dengan majoriti tipis iaitu 198 undi.

Allahyarham memperolehi 23,177 undi sementara Palanivel 22,979 undi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah dipetik sebagai berkata bahawa PR akan mengumumkan calon mereka pada 13 April iaitu Selasa depan dalam satu program di Serendah, pekan kecil tidak jauh dari Batang Kali.

Tarikh penamaan calon ialah pada Sabtu, 17 April.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails