Sunday, April 4, 2010

Hulu Selangor : Janji dulupun BN tak Tunai, kini BN berjanji lagi..

Baca dulu komen Wak Kanto ni..

Saya amat terpanggil oleh tulisan Masdar Wahid berkenaan isu ini yang kini telah berlarutan lebih dari 30 tahun.Ini kerana, antara lain, saya dan Allahyarham bapak saudara saya, Muhamad bin Osman (Alfatihah utk beliau), yang menjadi peneroka diRancangan Sungai Buaya, dalam tahun 1966 bersama-sama membangunkan ladang getah di rancangan yang menimbulkan satu kerinduan kepada saya,walaupun telah sekian lama.

Oleh itu saya menyeru wahai semua warga Felda Sungai Buaya,anak anak, saudara mara dan kawan-kawan, inilah masanya untuk kalian semua mengajar parti yang telah berlaku zalim dan menipu kalian semua.Saudara-saudara dijanjikan untuk jadi jutawan mengejut tetapi dengan mudah saudara-saudara menjadi miskin mengejut.

Cuba saudara-saudara renungkan dengan kebun getah seluas 8 ekar itu,saudara-saudara dengan mudah boleh memperolehi pendapatan sekitar RM8,000 sebulan dan RM96,000 setahun dan RM2,880,000 Sselama 30 tahun.

Jadi pada masa itu ,dengan bujukan pihak-pihak yang rakus dan tidak mesra rakyat saudara-saudara telah melepaskan buat selama-lamanya kesemua angsa-angsa yang mengeluarkan telur mas.

Akibatnya rumah-rumah peninggalan ayah dan emak saudara-saudara yang dulunya penoroka Felda perlu dibaik pulih dan Saudara-saudara terjerat dengan belitan kemiskinan/kepapaan dan terpaksa meminta bantuan Risda dan pihak lain untuk membaik pulih/menggantikan rumah-rumah saudara yang telah menjadi usang itu.

Jadi Saudara-saudara janganlah mudah memberi undi kepada mereka sebab penderitaan yang saudara alami sekian lama adalah disebabkan dasar dan penghianat mereka terhadap para peneroka.

Adakah perbuatan dan dosa mereka yang besar itu hendak saudara-saudara maafkan dengan MENGUNDI MEREKA?Saudara-saudara, fikir-fikirkanlah dengan cermat demi kesejahteraan saudara-saudara,anak-anak dan cucu-cucu dan mungkin juga cicit-cicit kita semua.


PRK Hulu S’ngor : ‘Tunaikan janji kamu sebelum penamaan calon’ - Bekas Peneroka Felda

Oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.

Peneroka tersebut sebelum ini dijanjikan RM1 juta menerusi sebuah projek pembangunan di kawasan itu.

Arifin Shamsudin, 74, salah seorang dari peneroka itu memberitahu, selama ini mereka tertipu dengan janji manis yang ditabur kerajaan negeri di era pemerintahan BN.

Paling malang katanya, mereka yang datang menawarkan habuan itu adalah daripada kalangan Melayu sendiri yang kononnya membela nasib Melayu tetapi kini lepas tangan dan membiarkan peneroka terus tertindas.

“Perjanjian mereka semua tak betul. Saya dijanjikan RM1 juta daripada penjualan tanah seluas 8 ekar.

“Bayaran pertama yang sepatutnya dijelaskan dalam surat perjanjian adalah RM100,000 tetapi itu pun mereka tipu dan saya hanya dibayar separuh sercara beransur-ansur,” katanya

Mengulas isu sama, waris peneroka, Kamaruddin Jantan, 62, pula berkata, isu tersebut kerap kali bangkitkan oleh mereka terutamanya selepas menyedari wujudnya penipuan.

Menurut Kamaruddin, mereka mahu jalan penyelesaian segera dan bukan hanya berjanji sepertimana kebiasaan yang berlaku dalam pilihanraya tetapi sebaik menang calon itu, mereka gagal melunaskannya walaupun memenangi kerajaan persekutuan.

“Sekarang kembalinya perebutan kuasa di tampuk pemerintahan Parlimen Hulu Selangor, jadi apa yang kami mahukan hanyalah penyelesaian segera masalah kami daripada calon yang akan dipilih kelak.

“Bukan janji yang kami mahukan, tetapi kesahihan penyelesaian sebelum pilihan raya kecil (PRK) bermula.

“Kalau janji selepas plihan raya sudah banyak kali kami dengar dan semuanya sudah lepas dan janji hanya tinggal janji, sebaliknya masalah kami tetap bebanan buat kami anak peneroka,” katanya.

Begi Isteri kepada salah seorang bekas peneroka yang telah meninggal dunia, Siti Mariam Ahmad, 68, pula berkata, beliau dinafikan hak sebagai jutawan selepas suaminya meninggal dunia akibat sikap cuai pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap mereka.

Menurutnya, kini dia terpaksa berniaga sendiri bagi menyara kehidupannya bersama dua anaknya.

“Saya berniaga kecil-kecilan dan hanya memperoleh pendapatan kurang RM400 sebulan dan ia tidak menentu kerana bergantung kepada tahap kesihatan saya.

“Saya menghidap sakit jantung dan memerlukan rawatan rutin di Hospital Selayang bersama seorang anak saya yang menghidap tekanan mental.

“Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terpaksa saya minta bagi menampung kos rawatan bulanan kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Buaya Barat, Akhir Diran, 58, yang juga generasi kedua felda melahirkan kekesalan dengan sikap pemimpin cuai itu yang kesan akhir ditanggung penduduk kampung berkenaan.

Menurutnya, di Sungai Buaya terdapat kira-kira 2,600 pengundi yang antara menjadi penetu penting kemenangan mana-mana calon dalam PRK kali ini.

Akhir menjelaskan, mereka sepakat mahu masalah itu diselesaikan sebelum penamaan calon bermula.

“Calon dan pemimpin sudah bersilih ganti tetapi masalah kami masih belum diselesaikan. Pelbagai janji ditabur bagi meyakinkan kami memilih mereka sebagai wakil rakyat namun kami terus tertindas.

“Justeru, pemilihan calon kali ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang sudah bertahun membebankam kami di sini.

“Tuntutan kami supaya masalah ini diselesaikan sebelum pilihan raya dan bukannya janji selepas pilihan raya,” katanya.


erapakatan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails