Wednesday, April 7, 2010

Hulu Selangor : BN akan kalah teruk...

Bahang PRK Hulu Selangor mula panas. Malah kepanasan bahang PRK ini jua turut menenggelamkan isu katak-katak hipokrit yang mewarnai pentas cerita politik bulan lalu. Tidak mustahil, beberapa 'katak' akan dibawa ke Hulu Selangor. Malah sudah banyak 'katak' yang sudah tinggal lama di Selangor dan Kuala Lumpur sejak menang PRU12 yg lalu. Senang cari makan maa..!

Keyakinan yang ditunjukkan oleh BN untuk menang 'besar' juga besar. Jika BN kalah, malulah Najib. Dari 'lebong' Najib, kerajaan BN sudah makin kuat dimata rakyat. Sejauhmana kuatnya, hanya Najib yang tahu. Sokongan kaum cina juga makin meningkat, kaum cina tak layan 'pembangkang' dah..sekarang ! 1Malaysia makin berjaya. Itu pasal bik momma dah bikin 'bunyi', mau letak PERMATA jika BN menang kelak di Hulu Selangor. Yakin sungguh PM 1Malaysia.

Dan bertambah yakin MIC, bila Samy makin hampir untuk berjaya meletakkan calonnya untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pengundi India meliputi 18.98% atau 12,069 di situ. Dengan dalih, bimbang pengundi India 'koner' kepada pembangkang, Najib pasti tunduk dan wala' akan hasrat Samy. Kini MIC sudah bersedia, masakan tidak ? MIC dah buka 150 polling agennya di Hulu Selangor. Makin cerah peluang MIC naikkan calonnya. Umno pulak gigit 'penyapu' ! Penyapu si Khir Toyo...buat menyapu si airmata ketuanan melayu. (majoriti pengundi melayu di Hulu Sleangor 54% atau 34,302 pengundi)

Dengan sandaran, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor pada PRU12 lalu, calon pembangkang KALAH di semua tempat(ada majoriti lebih 6 ribu) buat BN makin angkuh untuk julang kemenangan di kerusi 'panas' ini. Lebih-lebih lagi kemenangan majoriti yang memihak kepada PKR hanya 198 undi, makin galak dan sombong BN menguak dada untuk menang kali ini.

Malah gerombolan jentera yang berat-berat dah mula dibawa ke Hulu Selangor. Jalan rosak terus dibaiki, rumah rakyat yang dah hampir tumbang ditegakkan segera. Mana-mana masjid mula dikunjungi oleh wakil Bahagian untuk meninjau peruntukan mana yang perlu diberikan. Juta-juta duit akan ditaburkan lagi. Untung rakyat Hulu Selangor.

Untung juga rakyat Hulu Selangor kerana akan berani memberi undi kepada calon MIC kelak. Malah cakap-cakap dan ugutan Hamidah Osman, ketika dahulu, "india dan ular" akan terus dilupakan orang. Ingat apa kata Midah ? Walaupun beliau telah memohon maaf, tapi cukupkah setakat itu. Lakonan akan terus berjalan. Itulah politiknya Umno dan MIC. Menjadi 'halal' selepas mohon maaf.

Apapun BN janganlah terlalu yakin sangat untuk menang. Rakyat kini bukan semakin bodoh dan bangang. Rakyat kini tidak mudah dilunakkan. Rakyat semakin cerdik menilai tipudaya BN. 50 tahun beb ! Ada jua benarnya, PKR dan Pakatan perlu banyak 'peluru' untuk menentang asakan serangan BN kelak. Tidak mustahil, jika 'peluru' Pakatan kelak terpaksa guna 'made in Taliban'*, jika peluru itu yang diguna pakai, tidak mustahil BN akan tersungkur lagi di Hulu Selangor.




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails