Monday, April 5, 2010

Hulu Selangor : Big Mama! Jangan guna budak-budak..

Seorang ahli parlimen PKR hari ini menyeru kerajaan BN agar tidak memperalatkan kebajikan kanak-kanak untuk kepentingan parti.

Sebaliknya, Nurul Izzah Anwar, ia hendaklah melaksanakan tanggungjawab sosial kerajaan tanpa mengira politik kepartian serta kepentingan peribadi.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu menggesa demikian ketika mengulas laporan media bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut bercadang untuk mewujudkan Pusat Permata Negara di Hulu Selangor jika BN memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

"Sungguhpun saya mengalu-alukan usaha Permata untuk meningkatkan mutu pendidikan awal kanak-kanak di negara.

"Namun berita ini amat menggusarkan saya. Usaha murni untuk menaiktaraf mutu pendidikan awal ini tidak seharusnya diberikan kepada rakyat dalam bentuk tebusan untuk meraih kemenangan di Ulu Selangor," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan.

Katanya, Permata yang diiktiraf oleh kerajaan untuk memperuntukkan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak dan dengan peruntukan RM20 juta, seharusnya memberikan sumbangan dan bantuan kepada semua kawasan yang memerlukan tanpa perlu menunggu adanya pilihanraya kecil.

"Saya mempertikaikan keikhlasan hasrat Datin Seri Rosmah ini sungguhpun beliau mendakwa ianya akan dilaksanakan demi kepentingan anak-anak kecil di Ulu Selangor.

"Apakah beliau akan menafikan kemudahan yang dijanjikan sekiranya BN kalah dalam pilihanraya kecil Ulu Selangor kelak?" soalnya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails