Sunday, April 4, 2010

F1 1Malaysia mengalahkan Ferrari!

Team F1 1Malaysia yang tidak dikenali dipersada antarabangsa tetapi lebih dikenali dengan nama Team Lotus Racing dipersada antarabangsa kerana F1 1Malaysia itu hanyalah nama yang gah dimata Rosmah dan Najib saja akhirnya telah berjaya mengatasi Ferrari dalam merebut petak kedudukan sebelum perlumbaan..

perlumbaan belum tahu lagi la ya..




Kali pertama Lotus lepasi Q1; McLaren, Ferrari sekadar isi petak 17, 19, 20, 21

PEMANDU Red Bull, Mark Webber, bijak melakukan percaturan tayar untuk mengharungi sesi kelayakan yang penuh insiden akibat hujan semalam bagi meraih petak pertama Grand Prix Malaysia Petronas 2010, hari ini.

Pemandu Mercedes GP Petronas, Nico Rosberg, buat pertama kali meraih kedudukan di barisan depan perlumbaan dalam kariernya manakala rakan sepasukan Webber, Sebastian Vettel dari Jerman, mengisi petak ketiga, sebaris dengan pemandu Force India, Adrian Sutil.

Kegembiraan turut diraih pasukan Lotus Racing apabila pemandunya, Heikki Kovalainen, buat pertama kali melepasi kelayakan satu (Q1) sebelum sekadar meraih petak ke-15 pada sesi kelayakan dua (Q2).

Begitupun, Ferrari dan McLaren tidak bernasib baik apabila gagal memahami corak cuaca di Litar Sepang hingga menyaksikan tiga bekas juara Jenson Button, Fernando Alonso, Lewis Hamilton dan pemandu Brazil, Felipe Massa, masing-masing akan bermula dari petak ke-17, 19, 20 dan 21.

Webber yang agak kecewa dalam perlumbaan di laman sendiri GP Australia minggu lalu, menukar daripada tayar basah kepada tayar separa bunga untuk melonjak dari kedudukan 10 teratas bagi mencipta jurang 1.3 saat, mengatasi pemandu lain.

Webber mencatat masa seminit 51.886 saat untuk menyempurnakan sesi kelayakan yang suatu ketika terpaksa dihentikan akibat hujan lebat selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menganggap keadaan litar terlalu bahaya.

Pada mula saya sudah terfikir untuk menukar tayar terutama selepas semua pemandu lain melakukan hentian pit. Tetapi selepas mendapati catatan masa semakin baik, saya merasakan keputusan yang dibuat ini tepat, kata Webber.

Rosberg meramalkan perlumbaan sengit hari ini tetapi berharap hujan tidak selebat seperti tahun lalu yang menyaksikan perlumbaan terpaksa dihentikan di pertengahan perlumbaan.

Ini satu keputusan yang baik untuk pasukan yang menganggap Malaysia sebagai lamannya sendiri.

Kami memiliki jentera yang bagus ketika cuaca kering dan kini terbukti mampu bersaing dalam litar basah, katanya yang tercicir 1.346 saat berbanding Webber.

Kemampuan Sutil memacu Force India ke petak keempat turut dianggap satu kejayaan, begitu juga muka baru Williams, Nico Hulkenberg yang menyambar petak kelima.

Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang sekali lagi bergelut mengembalikan sentuhan sekadar di petak kelapan, perlahan kira-kira dua saat.


Berita Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails