Tuesday, April 13, 2010

Bubar DUN : Zambry takut BN kalah teruk..

Dr Raja Ahmad al-Hiss merasakan BN sebenarnya takut dan bacul jika Pilihanra Raya Negeri diadakan walau pun ketika BN yang menjadi pentadbir kerajaan negeri kerana bimbang akan kalah teruk dengan kemarahan sebenar rakyat yang selama ini dipendam.


IPOH, 13 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasa lucu di atas penafian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membayangkan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN) yang terdekat walau pun kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan boleh memenanginya kembali adalah pandangan tidak tepat.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss merasakan BN sebenarnya takut dan bacul jika PRN diadakan walau pun ketika BN yang menjadi pentadbir kerajaan negeri kerana bimbang akan kalah teruk dengan kemarahan sebenar rakyat yang selama ini dipendam.

Baginya, apa pun alasan yang diutarakan Zambry, hanya rakyat boleh menentukan perkara sebenar.

“Perkara yang menarik juga, adakah PRN bakal diadakan dalam masa yang terdekat? Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang menjadi Bebas tidak lagi menyokong BN?” soalnya.

Menurutnya, mungkin perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Zambry untuk memohon Seri Paduka Sultan Perak membubarkan Dun sepertimana yang telah pernah dilakukan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu.

“Atau Seri Paduka Sultan Perak tidak memperkenan permohonan Datuk Seri Zambry sepertimana yang telah berlaku semasa Datuk Seri Nizar berbuat demikian,” ujarnya lagi.

Apa pun, katanya, Pemuda PAS negeri dapat menghidu Umno/BN telah membuat persediaan bagi sebarang kemungkinan dan ahli serta penyokong Pakatan Rakyat (PR) harus bersedia daripada sekarang.

Katanya, pihaknya bimbang dengan suasana yang tidak kukuh ini akan menyukarkan pertumbuhan ekonomi yang masih dilihat tidak bermaya dengan suasana kemelut negeri ini yang tiada kesudahannya.

Tambahnya, lumpuh ekonomi, maka lumpuhlah kerajaan negeri kerana pelaburan tidak diterima dan masuk walau apa pun alasan yang diberikan atau lakonan yang ditayangkan.


Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails