Saturday, April 10, 2010

Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM.

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..


April 9, Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya. – Malaysiakini



Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

LATARBELAKANG PROJEK PRS

Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2 dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G. Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

MAKLUMAT CAWANGAN KHAS

Dalam bulan Mei 2008, Pengarah Logistik PDRM telah menerima maklumat dari Pengarah Cawangan Khas berkenaan penglibatan dua bekas pegawai tentera risik Israel dalam projek PRS PDRM yang dilaksanakan oleh Syarikat MPC.

Dalam bulan Ogos 2008, Cawangan Khas telah mengesahkan wujud penglibatan Israel dalam melalui Syarikat Asiasoft(M) Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang telah dilantik oleh MPC sebagai sub-kontraktor bagi melaksanakan projek PRS dan Projek berkaitan dengan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

PENGLIBATAN ASIASOFT (M) SDN BHD DALAM PROJEK PRS

Asiasoft (M) mula terlibat dengan projek PRS sejak 2001 apabila dilantik oleh Sapura sebagai Sub Kontraktor.

Kemudian apabila projek diberikan kepada MPC dan D.G.Kom, Asiasoft juga dilantik oleh kontraktor-kontraktor tersebut bagi melaksanakannya hingga sekarang.

Untuk makluman, Asiasoft (M) Sdn. Bhd. Telah dilantik sebagai sub-kontraktor oleh MPC dan D.G.Kom secara tidak sah bagi melaksanakan kontrak-kontrak PRS. Penglibatan Asiasoft (M) tidak diiktiraf.

KAITAN ASIASOFT DENGAN ISRAEL

Asiasoft (M) dimiliki oleh 2 pemegang saham iaitu:
1- Bee System Sdn. Bhd. Menguasai 70% saham
2- Asiasoft (S) Pte Ltd pula menguasai 30% saham.

Asisoft (S) Pte Ltd berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berpengkalan di Israel.

2 Pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd adalah bekas tentera Risik Israel, mereka ialah :
1- Izhak David Nakar
2- Ido Schechter

Mereka adalah pengarah syarikat, jadi sebenarnya mereka bukan menembusi tetapi mereka menguasai Sistem Maklumat PDRM yang dibangunkan mereka..

Memandangkan isu keselamatan dan kedaulatan Negara adalah satu isu yang tidak boleh dikompromi dan wujudnya penglibatan elemen asing yang mendedahkan negara kepada pencerobohan maklumat keselamatan pihak jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan.

Tujuan mencadangkan penamatan kontrak juga ialah bagi menghentikan kebocoran berterusan maklumat keselamatan Negara dan menghalang pencerobohan kepada system keselamatan Negara.

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

Nampaknya Hishamuddin Tun Hussein cuba memutarkan kembali skrip tahun 2008 mengenai kewujudan perisik Israel dalam Asiasoft..

Pada tahun 2008 juga laporan Polis dan juga laporan kepada SPRM telah dibuat berkenaan isu ini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails