Friday, April 9, 2010

Anwar Mimpi Ngeri Umno-BN

Kali ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 di mana generasi muda kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi keputusan sendiri dalam PRU-13 nanti.

Oleh Datuk Halik Zaman

Kita sudah jangkakan kematian Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan yang akhirnya boleh di kategorikan sebagai macam mati katak. Tiada untung ruginya kepada kerajaan dan negara.

Mereka mati pun tidak menguntungkan dan hidup pun tidak membongkar sesuatu kerugian. Kenapa mereka mati? Kerana terdapatnya sesetengah individu yang tidak suka mereka hidup lagi.

Pasal Anwar Ibrahim, berbagai 'torture' dan tekanan batin yang beliau terima semasa hidupnya. Andainya Altantuya, Teo Beng Hock dan Kugan di hidupkan dari mati pun mereka tidak sanggup untuk hidup sekali lagi seandainya mereka tahu nasib mereka akan bersamaan seperti insan yang bernama Anwar Ibrahim. Sebab itu Anwar kalau mati jadi WIRA semasa hidupnya beliau di pesona. Gigihnya semangat waja sebagai pejuang bangsa dan Negara. Matinya pun ditaburi bunga raya.

Tuduhan liwat yang Anwar hadapi bukanlah satu isu yang baru dan bukanlah suatu perkara yang pertama kali berlaku, sebaliknya ini ialah kali yang kedua selepas percubaan pertama agak gagal dan mendukacitakan kerajaan Umno di bawah Mahathir.

Lantas Anwar di aibkan, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan, dikeji, dicerca, ditangkap, dicederakan sehingga mata lebam hampir buta. Isteri dan anak-anaknya diaibkan dimata masyarakat. Kalau isteri dan anak-anaknya bukan seorang Islam, mereka sudah lama ambil jalan singkat. Bukan ditingkat 15 bangunan SPRM, tapi dibangunan KL Tower dan satu persolan akan timbul, "Ini salah siapa? Ini dosa siapa? Jawapannya ada dihati anda."

Ikut fikiran logik, kes liwat Anwar akan berakhir di mana? Bukan juga dipenjara Sungai Buloh. Semua rakyat tahu sebelum hakim-hakim Malaysia memberi keputusan "rumah sementaranya di Sungai Buloh". Sebab rakyat pun tahu fungsi fungsi hakim Malaysia seperti satu cerita purbawara 'correct, correct. correct'. Ia telah dijadikan jenaka oleh dunia. Dunia ketawa melihat kita.

Kes liwat Anwar, tidak akan berakhir di Penjara Sungai Buloh sahaja. Salah kalau ada para pemimpin Umno menganggap bila Anwar dipenjara akan berakhirlah pengaruh Anwar dalam sejarah politik Malaysia. Banyak lagi cabaran demi cabaran yang hebat hebat akan para pemimpin Umno hadapi kerana rasa simpatinya rakyat Malaysia atas derita yang ditanggung oleh Anwar selama ini.

Kali ini bukan ikut senario 1998 tapi ikut senario 2010 di mana generasi muda kini sudah bisa berfikir dan sudah bisa mengundi. Generasi muda hari ini fikiran mereka tidak mudah dikongkong dan mereka bebas memberi keputusan sendiri dalam PRU-13 nanti.

Kerajaan Umno nak guna kuasa mahkamah pun rakyat sudah tahu? Fungsi mahkamah nak ikut cakap siapa?. Tidak elok mengheret mahkamah kemedan politik. Lebih baik gunakan kuasa sendiri kerana sendiri ada punya kuasa. Heret sahaja Anwar ke padang Dataran Merdeka ikut cara wayang'cowboy.

Buat pesta ramai ramai. Jemput semua Ahliahli Kabinet, Ketua Polis Negara dan kroni kroni semua. Tembak sahaja Anwar sampai mati. Tutup cerita.

Ikut formula George Bush di Iraq. Gantung sahaja Saddam Hussein sampai mati. Iraq akan aman damai hingga hari ini.

Itu negara Iraq dah amankan? Kerana Saddam Hussein sudah mati digantung negara Iraq pun aman damai hari ini walaupun AMAN tidak pernah wujud dalam kehidupan rakyat Iraq. Kalau formula George Bush lah yang membawa perdamaian dinegara yang bergolak itu, kita fikir orang yang berfikiran begitu bukan sahaja 'senile' tapi gila diluar kawalan.


Suara-Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails