Monday, April 12, 2010

Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim? err.. Boleh percaya ka ni?

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan. Katanya “Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Ha.. Ha.. Ha.. Nazri nak berbohong lagi ka???



Apr 12, 10 11:15am

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.

Menurut beliau lagi, kerajaan tidak dapat mengekstradisi Balasubramaniam bagi menyelesaikan kes pengakuan bersumpahnya kerana lokasi sebenar penyiasat persendirian itu tidak diketahui.

Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails