Tuesday, April 6, 2010

Alahai YB Zul.. Cerita apa pulak ni?

Sambil menyifatkan "pengakuan" Zulkifli sebagai satu perbuatan khianat terhadap kawan dan parti, Lim berkata, "Zulkifli mengirim dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya ketika PRU 12 meminta wang untuk berkempen.

Zul guna pihak ketiga kutip dana – Adun Kulim

ALOR STAR: Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin kembali menjadi tumpuan ramai berikutan dakwaan beliau menjalankan kutipan derma dengan menggunakan nama pihak ketiga ketika kes perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu sedang berjalan pada 2008.

Menyifatkan Zulkifli sebagai seorang yang suka memutar belit fakta untuk kepentingan dirinya, ahli exco Kedah Lim Soo Nee berkata, "Zulkifli sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai cita-citanya walaupun terpaksa menggunakan pihak ketiga.

"Saya mendedahkannya sekarang ini kerana saya tidak sanggup lagi melihat beliau menipu rakyat," kata Lim.

Beliau berkata,"saya pasti ramai yang mudah terpedaya dengan ketokohannya, dan menambah beliau menerima dua mesej ugutan meminta wang pada 5 dan 6 Mac lalu.

Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim berkata, beliau didorong untuk mendedahkan rahsia Zulkifli kerana beliau enggan lagi memberikan kerjasama.

"Ini terutamanya apabila Zulkifli telah membuat "pengakuan" bahawa beliau ditawar dengan sejumlah wang yang banyak" untuk mengaitkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosman Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Mengimbas kembali insiden yang berlaku ketika pilihan raya umum 2008, Lim berkata Zulkifli memberitahunya beliau (Zulkifli) mempunyai bukti yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya.

Pada ketika itu, Zulkifli sedang mewakili pembunuh yang tertuduh, Cif inspektor Azilah Hadri.

Zulkifli bagaimanapun, menarik diri dari menjadi penguam bela Azila selepas mendakwa pihak ketiga terlibat dalam persiapan untuk pembelaan.

Dua minggu lalu, pada 24 Mac, Zulkifli menimbul kembali kes Altantuya di Parlimen di mana beliau mendakwa "pihak ketiga" telah menawarkan sejumlah wang yang besar untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan itu.

Menurut Zulkifli, tawaran itu dibuat ketika beliau menjadi peguam bela Azilah.

Kemudian tumpuan di arah kepada Najib apabila kawan rapat beliau, Abdul Razak Baginda didakwa bersubahat dengan Azilah dan seorang lagi pegawai khas operasi Sirul Azhar.

Abdul Razak kemudian dibebaskan tetapi kedua-dua anggota polis itu telah dijatuhi hukuman bunuh.

Sambil menyifatkan "pengakuan" Zulkifli sebagai satu perbuatan khianat terhadap kawan dan parti, Lim berkata, "Zulkifli mengirim dua khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya ketika PRU 12 meminta wang untuk berkempen. Beliau mendakwa pihak ketiga memerlukan dana tersebut.

Menurut rekod SMS saya, beliau berkata jentera PAS memerlukan sebanyak RM21,000 untuk kempen tersebut dan jika permintaan ini tidak dipenuhi, PAS akan memboikot kempen ini.

Kata Lim, Zulkifli memberitahunya, beliau (Zulkifli) hanya akan memberi sebahagian sahaja dari jumlah yang diminta iaitu sebanyak RM7,000.00.

Lim berkata apabila beliau tidak menjawab SMS itu, Zulkifli mengirim SMS kedua, memberitahu Lim bahawa PAS sangat marah dan meminta beliau memberi (wang) berapa jumlah yang sanggup.

Selepas Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya, saya terjumpa dengan Yaakub Husin, Yang Dipertua PAS kawasan Kulim-Bandar Baharu pada ketika itu. Saya memberitahu perkara ini kepadanya.

Beliau terperanjat dan menafikan meminta wang untuk tujuan kempen itu.

Sejak itu, saya hairan kenapa dan untuk apa Zulkifli memerlukan wang tersebut kerana terdapat unsur yang bersifat tergesa-gesa dalam mesejnya.

Beliau mencabar Zulkifli membersihkan namanya dengan menyatakan yang benar atau sekurang-kurangnya meletak jawatan ahli parlimen kawasan itu demi kebenaran.

"Lebih baik kita adakan pilihan raya kecil. Kemudian kita lihat sama ada pengundi-pengundi di Kulim Bandar-Baharu menyokongnya," kata beliau.


freemalaysiatoday

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails