Wednesday, April 7, 2010

Aku tak hingin bubar DUN - Zambry

Mungkin tu kata Zambry ketika beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang datang dari tah mana-mana yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN

SELAMA, 7 April — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

Beliau berkata buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya itu mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat negeri tersebut.

“Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri berkata, hasil kajian itu mendorong BN Perak untuk bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh memenangi pilihan raya DUN jika ianya diadakan sekarang.

“Dalam penilaian saya, rakyat akan memberi mandat baru apabila tiba pilihan raya berdasarkan apa yang kita laksanakan untuk mereka,” katanya.

Mengulas perkara lain, Zambry berkata kerajaan Perak sedang menumpukan kepada pembangunan bandar-bandar baru dan luar bandar yang masih ketinggalan.

Untuk itu katanya, kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan tertentu yang boleh dibangun sebagai bandar baru, kawasan perindustrian atau bandar kecil.


Berita dari Bernama

Gambar Zambry yang hensem ini berasal dari loveperak

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails