Tuesday, March 2, 2010

'Zorro' ikat jamin anak Raja Petra

Seorang blogger menawarkan RM10,500 bagi mengikat jamin Raja Azman Petra, anak kepada Raja Petra Kamaruddin, yang kini melarikan diri di luar negara.

Raja Azman mendapat liputan media apabila dia yang ditahan di penjara Sungai Buluh, menelan pisau cukur kerana mendakwa tidak tahan dengan penyiksaan.

Menurut peguamnya, J Chandra dan Amarjit Singh, blogger yang dikenali sebagai Bernard Khoo @ Zorro (gambar) itu adalah rakan Raja Petra.

Raja Azman, 34, ditahan sejak 19 Mei tahun lalu selepas gagal membayar ikat jamin. Dia menghadapi empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Bapa mangsa, yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today, mendakwa bahawa Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 25 Feb lalu menjalankan siasatannya di penjara Sungai Buloh dengan melawat Raja Azman.

Hasil lawatan itu, pesuruhjaya Siva Subramaniam yang mengetuai siasatan membebaskan pihak berkuasa itu atas semua dakwaan salah laku, dan mendakwa kecederaan yang dialami Raja Azman adalah akibat perbuatan sendiri.

Bagaimanapun tindakan Subramaniam itu dibantah oleh peguam yang mewakili Raja Azman yang mendakwa siasatan Suhakam tidak dijalankan dengan adil dan menyeluruh.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails