Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan 'sandiwara' mereka 'memperbodohkan' masyarakat Cina.Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak.
"Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini.
Ngeh mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin.
"Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya.
Beliau juga mahukan Zambry supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya 'sandiwara' dan tidak ikhlas.
Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin.
"Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam?
“Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya.
Malaysiakini

5 comments:
ALAAAAAA.....
NAK BERMUKA-MUKA SAJA SI MAT BLACK TU.
POOOOOOODAHHHHHHH..... KASI ORANG KETAWA SAJA.
Salam Tuan Blog,
Rasanya masyarakat kaum Cina rata2nya sudah tahu kemunafikan pemimpin2 UMNGOK ini dibuktikan dengan kekalahan teruk MCA&Gerakan dalam PRU-12. Tapi bangsa yang masih tidur ialah Melayu..UMNO dah bangkrap segala-galanya dlm memperjuangkan Agama dimana UMNO? dalam memperjuangkan kebangsaan dimana UMNO? UMNO sekadar parti yang berteraskan dasar Asobiyah yang melahirkan pemimpin2 korupsi yang mahu menjahanamkan Islam.....
P/S:Sudi kiranya tuan blog muatkan link blog sy didalam blog ini.
http://naimnikmat.blogspot.com/
Salam Tuan Naim Nikmat..
Sudah saya letakkan...
hai ya hei si ren . Theen yau ngan...oi mamak.. Allah melihat apa yang kome buat tau !
dorg sbenanye sakit hati ngan yb nizar yang pandai ckp cina...
oohhh... mcm ini lg mudah untuk ngeh, ngar ko ming n adun bangsa cina yang lain.. kalau jumpe si zambry melayu celup ni, borak je ngan dia dalam bahasa mandarin..jgn guna bahasa melayu n english.. kalo dorg xbleh ckp mandarin, bangkitkan dalam dewan rakyat bahawa mereka mmbazirkan wang rakyat masuk kelas bahasa mandarin...
Post a Comment