Sunday, March 14, 2010

Zahrain pun Tak Mahu letak jawatan...

Akhirnya petisyen-petisyen yang telah ditandatangani oleh pengundi-pengundi Parlimen Bayan Baru pada malam pelancaran Sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat minggu yang lalu telah diserahkan kepada Zahrain..

Tetapi jawapannya hampir sama dengan jawapan yang telah diberikan oleh Hj Mohsin iaitu "Saya mahu meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat Bayan Baru sebagai wakil rakyat Bebas"


Kotak Petisyen.


Dari pengundi Bayan Baru kepada Zahrain

Zahrain Terima Petisyen Rakyat Desak Letak Jawatan

BAYAN BARU 13 Mac - KEADILAN Cabang Bayan Baru hari ini mendesak agar Ahli Parlimen Datuk Seri Zahrain Hashim meletakkan jawatan kerana didakwa mencabuli amanat serta mengkhianati janji kepada rakyat.

Sehubungan itu ahli jawatankuasa serta ahli cabang itu menyerahkan memorandum yang mengandungi sebanyak 2,108 tandatangan kepada Zahrain di Dewan Tabung Haji bagi mengesa beliau mengosong kerusi Parlimen tersebut supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan.

Lawatan Zahrain ke kawasan Parlimen beliau hari ini dipercayai kali pertama dalam tempoh tiga bulan.

Desakan ini dibuat berikutan tindakan Zahrain bertindak keluar daripada KEADILAN dan menjadi anggota Parlimen Bebas 12 Februari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir, Pakatan Rakyat tidak memerlukan Zahrain untuk memimpin rakyat Bayan Baru justeru tindakan beliau itu yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi beliau pada pilihan raya umum 2008.

"Kami mahu Zahrain meletak jawatan sebelum sidang Dewan Rakyat berlansung 15 Mac ini.

"Rakyat mempertikaikan jawatan Ahli Parlimen yang disandang beliau ekoran kritikan keterlaluan beliau kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Ahmad Azrizal.

Pegawai JKK Permatang Damar Laut Sharonni Hasan pula berkata Pakatan Rakyat akan terus mendesak Zahrain meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau.

Ahli jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN Bayan Baru Afiq Ilfiq turut bersetuju dengan desakan tersebut sambil menyatakan ia adalah bertujuan membersih serta melancarkan pentadbiran politik dalam Pakatan Rakyat.

"Rakyat mahukan politik baru untuk membentuk pemimpin yang adil ke arah mencapai negara yang demokratik, progresif dan bersatupadu," kata Afiq.

Seorang pengundi Bayan Baru Sha’ari Md Salled berkata sebagai pengundi beliau amat kesal dan kecewa dengan tindakan Zahrain keluar parti memandangkan beliau telah diberikan tanggungjawab menjaga amanat rakyat pada PRU lalu.

"Tindakan Zahrain itu ternyata mengkhianati harapan rakyat di Bayan Baru yang memilihnya untuk perubahan dua tahun lalu. Ini juga membuktikan beliau tidak mempedulikan hak dan kebajikan rakyat.

Dalam reaksi beliau kepada media Zahrain berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana keputusan samada beliau berbuat demikian adalah haknya.

"Pendirian saya jelas dalam perkara ini, saya mahu meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat Bayan Baru sebagai wakil rakyat Bebas," kata Zahrain.


Suara-Keadilan.com

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails