Adakah kerana marahkan DS Wan Azizah beliau menarik diri?
Kes qazaf: Zul Noordin tarik diri dari bela AnwarOleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 9 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu, tidak akan mewakili kes qazaf Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Surat yang dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan hari ini turut dimuatkan dalam blognya lewat petang ini.
Dalam surat itu, Zulkifli tidak menyatakan sebab beliau menarik diri daripada mewakili Anwar.
Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Zulkifli berkata beliau sendiri memutuskan untuk menarik diri selepas mengambil kira perkembangan semasa yang tidak lagi kondusif untuk menganggotai pasukan guaman Anwar.
“Ini keputusan profesional saya... saya sendiri yang membuat keputusan, tiada tekanan daripada sesiapa termasuk Anwar sendiri. Malah, Anwar sendiri tidak menghubungi saya,” kata beliau yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Zulkifli menambah, beliau mengambil keputusan itu selepas firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi menghubunginya kira-kira 4 petang tadi memaklumkan wakil rakyat itu masih merupakan peguam utama kes ini.
Kamar Aniah Kamaruzaman dari firma guaman itu merupakan seorang lagi peguam pasukan Anwar dalam kes ini.
“Bagaimanapun selepas berbincang dengan kawan-kawan saya susulan panggilan itu (dari firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi), saya memutuskan untuk menarik diri.
“Saya merasakan jika saya terus mewakili Anwar dalam kes ini, saya akan terpaksa berkompromi dalam prinsip-prinsip saya.
“Jadi adalah lebih baik saya berundur daripada mewakili kes ini,” katanya lagi.
Kes qazaf dijadual untuk disebut semula pagi esok.
Dalam surat yang difaks kepada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan petang tadi, Zulkifli berkata, “dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kes permohonan di atas (kes qazaf).”
“Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan atau bertindak sebagai peguam syarie Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa serta-merta,” katanya.
Sehubungan itu kata Zulkifli beliau tidak akan hadir pada sebutan kes qazaf Anwar pagi esok.
Salinan surat juga dihantar kepada firma guaman Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi, Zainul Rijal & Associates dan Anwar sendiri.
Semalam Zulkifli mengeluarkan kenyataan terbuka balas mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, sambil mencabar beliau melepaskan jawatan itu dan bertanding mencabarnya di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu
Ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini, Zulkifli berkata setakat pagi tadi beliau masih merupakan peguam utama Anwar dalam kes yang difailkan terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Oleh itu katanya, beliau akan berada di mahkamah esok atas kapasitinya sebagai peguam yang telah dilantik secara rasmi oleh Anwar, yang juga Penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Berdasarkan rekod, saya masih merupakan peguam Anwar... saya akan berada di mahkamah esok. Sama ada saya akan diminta tarik diri ataupun sebaliknya, saya perlu berada di mahkamah (esok).
“Jika saya diminta menarik diri, saya juga kena memaklumkan secara rasmi kepada mahkamah. Jadi, saya akan berada di mahkamah esok,” kata beliau sambil menambah, apa yang dilalui sekarang bukan sesuatu yang bersifat peribadi.
Zulkifli memberitahu beliau akan bertindak secara profesional sebagai seorang peguam dalam kes qazaf.
Beliau pernah terlibat dalam pasukan peguam Anwar dalam kes peringkat awal selepas beliau dipecat dari jawatan kerajaan dan parti pada September 1998.
Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin juga akan mendengar bantahan awal dikemukakan oleh pihak pembelaan, diketuai peguam Zainul Rijal Abu Bakar iaitu mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Zulkifli untuk mewakili Anwar.
Pada 7 Jan lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful.
Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden.
Anwar memohon perintah mahkamah mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasanya yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan menghalang Che Mat dan Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu.
Mengenai serangan ke atas Wan Azizah, Zulkifli menjelaskan beliau telah memaklumkan Presiden PKR itu semalam melalui seseorang bahawa akan mengeluarkan kenyataan balas berhubung permintaannya agar mengosongkan kerusi Kulim-Bandar Baharu.
Zulkifli mempertahankan tindakannya berkata beliau mengeluarkan kenyataan semalam kerana pendirian Wan Azizah kelihatan sebagai “serangan peribadi.”
“Oleh kerana kenyataan Wan Azizah sangat bersifat berperibadi, mendakwa saya tidak berprinsip... maka saya tidak boleh berdiam diri.
“Pun begitu sebelum saya mengeluarkan kenyataan semalam, saya melalui seseorang telah memaklumkan, menyampaikan mesej kepada Wan Azizah bahawa saya akan mengeluarkaan kenyataan balas berhubung pendiriannya kelmarin,” katanya.
“Sekurang-kurangnya Wan Azizah sepatutnya menghubungi saya dan memaklumkan secara peribadi jika beliau ada apa-apa hendak katakan, bukannya secara terbuka menyerang saya secara peribadi,” katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Zulkifli menasihatkan Wan Azizah supaya tidak berperang, sebaliknya menegaskan agar beliau melepaskan jawatannya atas alasan sudah gagal memimpin PKR.
“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan,” kata Zulkifli.
Zulkifli juga mencabar Wan Azizah jika berani agar bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, satu lawan satu.
Bagaimanapun Wan Azizah tidak boleh bertanding selama lima tahun sehingga Ogos 2013.
Kata Zulkifli, isteri Anwar itu lebih daripada tahu yang beliau tidak sepatutnya memilih untuk berperang dengannya.
“Tetapi Wan Azizah telah membuat kenyataan yang mengutuk saya, saya terpaksa dan akan hanya menjawab kutukan itu, dan saya berharap selepas ini Wan Azizah akan berhenti dengan serta-merta daripada memilih untuk terus menyerang saya,” katanya.
The Malaysian Insider

4 comments:
biasalah tu... ciri-ciri orang munafik... beriman pada waktu siang hari... dan kembali murtad pada waktu malam... apa nak jadi dengan zul ni!!!
dia cerita pasal prinsip dia....prinsip dia sahaja.....dan dia sendiri tidak boleh terima untuk bersama orang2 lain supaya prinsip bersama keseluruhannya dipertahankan.....maka nampaklah mainan wayang politik beliau yang amat nyata....
dia jika seorang kawan sejati kepada DSAI/Wan Azizah seperti yang dia kerap mengaku, dia tidak akan menyebabkan kemelut ini jadi sehingga begini.....
apa yang dia sendiri sudah alami kerana menjaga prinsip dia?.....kalu bandingkan kesengsaraan yang DSAI/Wan Azizah alami akibat mempertahankan prinsip dan usaha mereka, zul nordin tidak kemana....
itu ajer....
Saudara Moderator, Asslamualaikum.
Zul sudah melampau bilamana beliau berkata kpd Kak Wan, Islam bukan setakat sarung tangan ala Micheal Jackson! Ini satu serangan peribadi yang serius, seolah-olah dia seorang saja tahu macammana nak beramal dengan Islam!
Cabaran Zul supaya Kak Wan bertanding di Kulim Bandar Baru menunjukkan kebongkakan, keangkuhan beliau. Beginikan amalan Islam Zul?
PRU13, Zul BAKAL diusung sana sini sepertimana Ezam, semata-mata untuk memburukkan Anwar-Azizah, itu saja. AMAT MUSTAHIL UMNO akan calunkan beliau. Zul sebelum ini sudah dipecat dari PAS. AMAT BODOHLAH UMNO kalau ambil orang macam ni, SEBAB spesis ni AKAN JADI LIABILITI kepada mana-mana organisasi, SEBAB SPESIS ni tak reti hidup berorganisasi.
Dan kalau dia rasa betul-betul hebat, tandinglah tiket bebas.
zaidimasjidbatu
Sekarang dia join Bebas, hanya poliTikus yang tak berperinsip saja join Bebas sebab poliTikus Bebas memang sentiasa bebas untuk condong ke mana saja arah ikut tiupan angin, macam Ibrahim Ali tu lah. Cikgu BI aku dulu Mr Nair ada kata, "Never trust a man with a goatie beard". Betul lah, kalau letak tanduk kat kepala si Zul ni dan buang spek dia tu, memang muka dia sebijik muka kambing gurun jantan. Tengoklah berapa lama dia nak kekal Bebas, dia cuma tarik harga dengan UMNO, dia tunggu bila harganya betul dia akan join UMNO jugak, sebab dia dah gerenti tak kan diterima masuk PAS atau PKR lagi. Kalau PAS atau PKR masih jugak nak terima balik si kambing gurun ni, memang betul lah bodoh, macamlah dia ni INDISPENSABLE.
Post a Comment