Sunday, March 7, 2010

YB Zul! Hang joint AKIM saja la...

Ini bukanlah pembunuhan karektor tapi hanya satu cadangan..



Zulkifli Nordin telah bertegas untuk kekal sebagai MP setelah dipecat dari PKR dan enggan merayu walaupun diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan tentang pemecatannya itu.

Adalah tidak mungkin beliau akan menyertai atau diterima oleh mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.

Jika beliau benar-benar tidak diterima oleh sebarang Parti dan kekal sebagai MP Bebas, halatuju politiknya pasti akan berakhir bila PRU13 tiba..

Jadi untuk mengekalkan karrier politiknya saya cadangkan YB Zul ini menyertai AKIM (Angkatan Keadilan Insan Malaysia)..

Yang tak kenal AKIM tu parti apa... Angkatan Keadilan Insan Malaysia merupakan sebuah parti serpihan PAS.

AKIM yang ditubuhkan pada 1995 dan mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 anggota di seluruh negara. Parti ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu tetapi tewas.

Pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008, presidennya Hanafi Mamat turut bertanding mewakili AKIM tetapi kalah teruk dan hilang deposit.

Mereka ketandusan pemimpin sekarang, sekurang-kurangnya kalau YB joint depa jawatan Naib Presiden tu senang-senang la depa bagi...

Bila dah berkuasa disana YB bolehlah gubal undang-undang parti ikut suka YB dan dalam parti inipun saya rasa tidak ada Firaun-firaun Kecil..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails