Monday, March 15, 2010

YB Zul dah Gila Talak?

Setelah dipecat PKR tanpa diduga sama sekali.. kini beliau seperti kehilangan arah tujunya.. umpama layang-layang terputus talinya atau kerbau yang juga terputus talinya..

Nak buat roadshow, pengundi di Kulim dah tolak dia baca disini..

Kata jangan pertikaikan Prinsip dia dalam mempertahankan Islam dia sendiri dah membuktikan yang itu semua hanyalah topeng semata-mata..

Kalau benar dia berprinsip sangat tegas dalam mempertahankan Islam kenapa dia meletakkan dendam lebih utama dari memperjuangkan dan menegakkan hukum Allah melalui Qazaf? baca di sini.

Setelah dipecat dia kini sibuk pula dengan siapa sebenarnya yang patut menjadi Ketua Pembangkang, padahal dia kini bukan lagi Ahli Parlimen yang mewakili Pakatan Rakyat.

Dan apa hak dia untuk berbicara tentang siapa Ketua Pembangkang yang sebenarnya?

Gelagatnya ini seumpama orang Gila Talak.. cuma bezanya yang Gila Talak ni selalunya menceraikan tapi dia pula diceraikan..

Dah kena cerai baru nak melalak.. sibuk nak jaga rumahtangga orang lain pula.. .



Zul terus serang Anwar, mahu bawa usul Parlimen

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih seminggu lalu terus menjadikan bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sasaran kritikan beliau menjelang sidang baru Parlimen hari ini.

Zulkifli yang dipecat berhubung kes disiplin menegaskan, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat seharusnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mengambil kira kerusi dimiliki DAP lebih banyak berbanding PKR dan PAS, kata beliau, mengikut konvensyen berparlimen dan nilai demokrasi, seharusnya Anwar mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang dan menyerahkannya kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Sebenarnya itulah cara terbaik dan paling demokratik yang patut dilakukan oleh Anwar,” kata wakil rakyat kontroversi ini dalam tulisan blognya malam tadi.

“Kalau saya menjadi penasihat strategi dan politik Anwar, saya akan menasihatkan beliau supaya mengosongkan kerusi Ketua Pembangkang.

“Saya cukup pasti kalau itu dilakukan, rakyat akan lebih menghormati Anwar kerana akan dilihat tidak mementingkan jawatan, dan bersikap menghormati nilai demokrasi yang dilaungkan oleh PKR,” katanya.

Zulkifli menambah beliau pasti PAS dan DAP akan membawa usul dalam Parlimen supaya Anwar yang juga Penasihat PKR dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang.

“Dan semasa usul serta bahas, saya akan nasihatkan Anwar supaya jangan berada dalam Dewan. Dan, saya cukup pasti BN tidak akan membantah usul itu kerana ia tiada kena-mengena dengan BN,” katanya.


Seterusnya sila baca di sini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails