Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.
Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.
Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.
Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.
Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".
Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.
Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelukis karikatur itu dan tiga akhbar yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.
Nasrudin dalam ucapannya menyifatkan karikatur yang disiarkan itu amat menyentuh sensitiviti dan mencabar umat Islam seluruh dunia.
"Kita berhimpun serentak bersama dengan umat Islam di seluruh dunia, disebabkan kebiadaban pelukis karikatur di mana Rasulullah digambarkan seperti seekor binatang.
"Oleh itu kita minta kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas kepada pelukis dan akhbar itu," katanya.
Berita penuh sila baca di sini
Sumber Gambar dan Video : tranungkite






2 comments:
Sweden adalah negara ke 3 teratas dalam senarai negara yang paling kurang rasuah. Tapi dalam bab menghina Nabi Muhammad, Sweden adalah negara nombor satu. Berkali2 kartunis negara ni tak habis2 menghina Nabi Muhammad dan dah berkali juga dibantah oleh negara2 Islam, tapi bila dah reda, dia buat balik. Apa pasal agaknya orang2 Viking ni suka sangat menghina Nabi Muhammad, padahal negara mereka tak pernah pun dijajah oleh orang2 Islam, tak pernah pun berperang dengan orang2 Islam? Nape orang2 Viking ni benci sangat dengan Nabi Muhammad?
Untuk pengetahuan FMZam, sebelum ini, kartun yang menghina nabi Muhammad dilukis oleh kartunis Denmark.
Apa yang ingin saya kongsi di sini, Sweden ialah negara Eropah yang paling banyak menghulurkan bantuan kepada umat Islam dalam kesusahan. Sweden telah menerima masuk ratusan ribu pelarian Muslim dari Iraq, Afghanistan dll dan memberi mereka elaun bulanan, perkerjaan, perumahan dan pendidikan percuma. Sweden juga amat menyokong agar Baitul Maqdis dijadikan ibu negara Palestin dan tanah yang dijajah Yahudi dikembalikan kepada orang Palestin.
Lagipun, kartunis yang melukis kartun itu bukannya kerajaan Sweden tetapi seorang individu. Kita kena faham bahawa di Sweden, undang-undangnya tak membenarkan kerajaan menyekat kebebasan bersuara langsung. Sehinggakan ada anak-anak muda Muslim di Sweden yang nakal merusuh dan berbangga pula di suratkhabar menceritakan bahawa orang Sweden bodoh sebab senang dirompak dan diperas ugut pun tidak ditangkap sebab kebebasan bersuara.
Post a Comment