Wednesday, March 17, 2010

UMNO/BN Potong peruntukan SAR.. DAP/PR tambah peruntukan..

Kita telah sedia maklum bahawa Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam yang menerajui pemerintahan di Melaka itu telah memotong elaun guru-guru kelas agama di negeri sehingga tinggal RM10.00 sahaja..

Kita juga sedia maklum bahawa Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam yang menerajui pemerintahan di Johor telah mengarahkan elaun bersalin guru-guru ugama dipulangkan semula..

Mereka mendakwa merekalah juara dalam memperjuangkan nasib Bangsa Melayu dan Ugama Islam.. mereka perjuangkan dengan memotong dan menarik balik elaun guru-guru ugama..

Dikala Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam itu memotong peruntukan untuk sekolah agama rakyat.. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP yang didakwa mereka telah meminggirkan Melayu dan Islam telah menghulurkan sumbangan RM300,000.00 kepada Sekolah Agama Rakyat.

DAP sebuah parti yang kononnya bersikap anti Melayu dan Islam telah sudi menghulurkan RM300,000.00 kepada Sekolah Agama Rakyat ketika Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Ugama Islam memotong peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat...





MAKMAL SAINS PERTAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI RASMI KETUA MENTERI

Oleh : Amiruddin Ahmad

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.

Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .



Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.



YAB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat ini juga , menurut Guan Eng telah menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“,Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Sementara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama.

Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.



Turut sama memberi ucapan dalam majlis tersebut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya.

Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi.

Persembahan oleh pelajar..


Mengikut jadual 'Majlis Perasmian' bermula pada pukul 2.30 petang dan ketika aku sampai pada pukul 2.30 petang Lim Guan Eng sedang menjamu selera..

Maknanya aku sampai bila majlis dah tamat.. kerana Lim Guan Eng dikatakan telah sampai di Sekolah Agama ini pada sekitar jam 2.00 petang..

Bagaimanapun terimakasih buat Wartawan Rasmi Laman Reformasi kerana sudi mengirimkan berita ini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails