Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, March 10, 2010

UMNO Perak, parah dilanda krisis.

“Golongan veteran ini suka membodek pihak atasan serta mengugut Menteri Besar supaya memberikan projek untuk mereka dan kroni-kroni semata-mata mahu memuaskan kepentingan peribadi,” kata Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini.


IPOH – Masalah dalaman UMNO Perak cukup parah jika mahu dibandingkan dengan krisis Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi bualan hangat pemimpin politik hari ini khususnya dari UMNO.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, hanya orang dalam sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku dalam UMNO Perak.

Menurutnya, sikap Ketua Bahagian yang hanya mementingkan diri merumitkan lagi keadaan sehinggakan sanggup menganjurkan pelbagai gerakan berbentuk sabotaj terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sikap Ketua Bahagian yang angkuh dan sombong serta langsung tidak memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin memburukkan lagi keadaan.

“Mereka ini dilihat hanya mahu mengaut keuntungan atau mengambil kesempatan terhadap Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir demi kepentingan diri sendiri,.

“Ada juga sanggup membuat aduan palsu kepada kepimpinan UMNO Pusat dengan menyatakan Menteri Besar tidak membantu ketua-ketua bahagian di negeri ini,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, Greentown di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Ketua Bahagian yang rata-ratanya sudah menjangkaui umur veteran dan sudah tidak relevan lagi untuk memimpin seharusnya sedar diri serta memberi peluang pula kepada golongan muda bekerja dengan rakyat.

Katanya, pemikiran golongan veteran ini terlalu konvensional dan sering kali melihat pembangkang sebagai musuh, walhal dalam kalangan golongan muda, persepsi berkenaan dilenyapkan sebaliknya kita boleh bergaul dengan semua parti, semuanya sebagai sahabat.

“Kita sebagai pemimpin parti jangan meletakkan perbezaan ideologi politik sebagai teras perjuangan sebaliknya letakkan rakyat pada kedudukan utama barulah dinamakan pemimpin.

“Banyak berlaku kesilapan dalam UMNO Perak, seharusnya perlu diubah dari sekarang, terutama golongan pemimpin veteran yang menerajui bahagian masing-masing perlu berundur secara terhormat dan bagi peluang kepada para pelapis untuk menerajuinya pula.

“Golongan veteran ini suka membodek pihak atasan serta mengugut Menteri Besar supaya memberikan projek untuk mereka dan kroni-kroni semata-mata mahu memuaskan kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku (mensabotaj Menteri Besar), pihak berkenaan membuat laporan palsu kepada kepimpinan Pusat dengan tujuan menjatuhkan Dr Zambry.

“Tindakan mereka ini tidak wajar, sepatutnya sebagai Ketua Bahagian, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan Dr Zambry bukan mengkhianatinya, sebab itulah saya gesa Menteri Besar mengambil tindakan terhadap mereka bagi menghadapi perubahan kepada UMNO Perak.

“Selagi golongan ini menganggotai dan mengepalai bahagian, UMNO Perak akan menuju kepada kehancuran serta tidak mustahil juga pilihan raya umum akan datang, UMNO bukan lagi pilihan rakyat.

“Sebenarnya musuh sebenar bukan pembangkang tapi dalam kalangan UMNO sendiri yang perlu dihapuskan dan boleh juga dilabel sebagai firaun kecil sebagaimana gambaran kepada PKR,” katanya.


Sinar Harian

4 comments:

Serupademo said...

ORE UMNO LAGU TU SOKMO

FMZam said...

UMNO dilanda krisis macam mana parah pun itu semua tak ada makna bagi Pakatan kalau Pakatan tak tau nak gunakan kesempatan itu "to their advantages", kalau Pakatan hanya boleh tengok kapal UMNO kelamkabut tapi tak boleh tenggelamkan kapal diaorang, kalau Pakatan hanya tengok saja dan berdoa kapal UMNO tu akan tenggelam, kapal itu tak akan tenggelam.

Pakatan jangan asyik nak teringat2kan kemenangan PR12 2008 dan meraikan anivasarinya setiap tahun kerana PR 2008 itu Pakatan hanya "win the battles but lost the war" sedangkan UMNO cuma "lost the battles but win the war". Pakatan tak boleh jadi complacent dan ignorant dengan kemenangan 2008 tu dan kalau kemenangan itu satu miracle, maka Pakatan sepatutnya sedar bahawa mereka perlukan lebih dari miracle untuk mengalahkan UMNO bagi meraih kemenangan Total.

Kalau UMNO yang tempang kerana kekalahan parti2 komponen BN itu boleh bertahan dari serangan Pakatan Rakyat malah boleh lakukan 'counter-offensive" terhadap Pakatan sehingga Pakatan pun GOYAH dibuatnya, UMNO sebenarnya adalah seekor harimau yang cedera, UMNO jadi lebih potent dan berbahaya bila ianya cedera.

Strategi dan taktik Pakatan mesti diubah, tidak boleh selamanya kekal di takuk lama dan sama.

Anonymous said...

respect sangat dengan tindakan owner blog menyiarkan komen berbentuk teguran kepada pr oleh fmzam.

Anak Sungai Derhaka said...

Buat March 10, 2010 3:39 PM.. orang kata kalau nak maju kita kena berani terima teguran..

Walaupun pahit.. telan saja la..

Archive

Related Posts with Thumbnails