Ketika ditanya Najib dan Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu mahu Yip menarik balik surat letak jawatan, Zahidi berkata, Umno bahagian itu tahu apa yang terbaik bagi kawasan itu.
Maknanya .. Najib tak perlu menyibuk di kawasan itu..
Oleh Adib ZalkapliKUALA LUMPUR, 24 Mac — Umno Padang Besar mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi Yip Sun Onn dari MCA meletakkan jawatan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan beliau tidak akan melepaskan kerusinya.
Sehubungan itu bahagian tersebut berkata ia sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.
“Kita tidak boleh tunduk kepada tekanan kepada tindakan tidak bertanggungjawab itu. Siapa dia untuk mengugut kepimpinan negeri?
“Kami mahu dia tinggalkan (kerusi), kami bersedia untuk satu lagi pilihan raya kecil,” kata ketuanya Datuk Zahidi Zainul Abidin .
Beliau berkata jawatankuasa bahagiannya telah mengadakan pertemuan malam tadi dan berpendapat bahawa Yip tidak menghormati kepimpinan negeri.
Titi Tinggi merupakan salah satu daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Padang Besar.
Ia satu daripada dua kerusi DUN ditandingi MCA pada 2008.
Bagaimanapun Zahidi menjelaskan permintaannya agar Yip meletakkan jawatan bukan kerana pemimpin Umno tempatan mahu bertanding di kerusi itu.
“Berdasarkan kuota, kerusi itu adalah milik MCA, kami tidak mahu pemimpin MCA yang tidak berbudi,” katanya.
Tegas beliau, MCA mesti mengambil tindakan jika tidak parti itu tidak harus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kira-kira 70 peratus pengundi adalah orang Melayu dan tidak harus ada masalah bagi kami,” katanya.
Ketika ditanya Najib dan Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu mahu Yip menarik balik surat letak jawatan, Zahidi berkata, Umno bahagian itu tahu apa yang terbaik bagi kawasan itu.
The Malaysian Insider

1 comments:
Pada Najib, si Yip cuma ribut dalam cawan, tapi pada UMNO Padang Besar si Yip sudah jadi cawan dalam ribut, mana boleh keluar dah jauh dipukul ribut beb, dah berkecai pun dipukul ribut, cawan dah jadi kaca berserpihan. Nampaknya UMNO Padang Besar berani menongkah arus Najib. Akan berpanjanganlah episod ini bila UMNO Padang Besar tak mau hilang muka dan Najib tak mau hilang misai dia yang ciput tu.
Apa susah Yip, kau join Ibrahim Ali masuk Bebas sebab Bebas pun BN jugak, jadi UMNO Padang Besar tak dan Najib sama2 tak dapat malu.
Post a Comment