Sunday, March 21, 2010

UMNO "THE GREAT OF DAJAL" - SIRI 3

Oleh: Tun Telanai

Dalam konteks pilihanraya umum dalam Negara ini, bukan sahaja media massa memainkan peranan penting malahan institusi lain yang berkaitan dengan kerajaan [baca:UMNO] turut serta membantu sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.

Apa jua peranan institusi di bawah kementerian tertentu seperti Kementerian Pelajaran merupakan Kementerian utama tukang kempen dan yang paling aktif berkempen untuk UMNO, selain Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kerja Raya dan lainnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang menubuhkan pelbagai agensi bertindak membantu UMNO dalam tempoh berkempen itu.

Dalam jangkamasa memerintah yang begitu lama [52 tahun], UMNO begitu dominan sehingga mereka menjadi penggerak utama di semua peringkat bukan sahaja di desa-desa terpencil, di kampung-kampung dan di kawasan rancangan pembangunan tanah malahan ia juga turut aktif di pekan, bandar dan kota.

Orang-orang UMNO memainkan peranan penting dalam berbagai badan dan organisasi dan institusi yang wujud di semua peringkat. Semangat UMNO yang menguasai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [JKKK], pengerak kumpulan belia dan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan [WI]. Kumpulan UMNO ini sudah berakar umbi tidak termasuk agensi-agensi kerajaan yang sentiasa aktif sebagai aktiviti harian mahu pun `Spy’ tidak berbayar' seperti peranan KEMAS atau pun Jabatan Penerangan.

Selain itu, UMNO mendapat pelbagai kemudahan fisikal seperti dewan orang ramai, dewan sekolah, dewan tadika sehingga ke padang sekolah. Sedangkan pembangkang tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi melainkan baik sedikit di Dewan Perhimpunan China yang tentunya mengenakan kadar sewanya tinggi. Selebihnya mereka hanya berceramah di kediaman penyokong ataupun ahli parti atau di primis-primis sendiri yang dijadikan markas, itu pun tanah diwakaf oleh pendokong untuk perjuangan PAS menjadikan Islam sebagai cara hidup umat muslim.

Satu kes yang menarik mendalilkan ‘UMNO The Great Of Dajal’ semasa pilihan raya kecil Ampang Jaya pada 1989 apabila Menteri Besar Selangor ketika itu, Muhammad Muhd Taib [dajal besar UMNO] dibenarkan berucap di salah sebuah Dewan Sekolah Rendah di salah sebuah cawangan di bahagian Ampang Jaya sedangkan pada waktu yang sama seorang pemimpin PAS pusat hanya dibenarkan berucap di salah sebuah rumah penyokongnya yang mempunyai ruang sempit dan kurang selesa. Ketika berucap Muhammad diberikan `sound system' yang canggih dan jelas daripada van Penerangan sedangkan pemimpin PAS menggunakan `sound system' yang tenggelam timbul. Sedangkan van penerangan adalah kepunyaan kerajaan tetapi ia boleh digunakan oleh UMNO sedangkan tidak pembangkang.

Selain itu, tindakan UMNO menggunakan kerajaan mengikat rakyat dengan memberi pelbagai kemudahan begitu menyukarkan pembangkang untuk mempengaruhi pengundi dalam tempoh waktu berkempen yang singkat. Contohnya, satu kes yang menarik apabila Amanah Saham Negeri Selangor [ASNS] ditubuhkan, kerajaan negeri telah mengadakan skim pinjaman Amanah Saham Nasional/Amanah Saham Bumiputera tanpa dikenakan faedah kepada bumiputera yang termasuk dalam takrif miskin atau pendapatan kurang daripada RM400 sebulan.Hampir 10,000 rakyat dari seluruh Selangor memperolehi kemudahan ini.

Apa yang lebih menarik, ada juga peruntukan yang diberi oleh kerajaan negeri kepada ahli-ahli UMNO dari pelbagai peringkat dengan jumlah tertentu supaya menjadi ahli ASNS. Mereka tidak mengeluarkan wang satu sen pun melainkan dalam tempoh tertentu mereka akan mendapat sejumlah wang yang dipinjamkannya itu.Bayaran bulanan yang dikenakan juga rendah dan mampu diselesaikan.Tidakkah ini memberi impak positif kepada pengundi-pengundi untuk terus menyokong UMNO? Bagaimana pula keadaannya dengan negeri-negeri lain yang turut serta mengujudkan Amanah Saham negeri-negeri. Ini juga perlu diambilkira kerana apa yang diterima sekarang adalah dividen dan bonus setiap tahun.Apatah lagi jika pilihan raya umum diadakan sebelum menjelangnya pemberian dividen dan bonus yang berlipat kali ganda.

Contoh pemberian pinjaman saham adalah ikatan dari jangka panjang yang sukar mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang. Dalam jangkamasa pendek iaitu tempoh pilihan raya umum, seperti yang disebutkan di atas, UMNO sememangnya mempunyai pelbagai kemudahan dan sokongan ketika berkempen. Beberapa agensi kerajaan berganding bahu untuk mempastikan kemenangan berpihak kepada UMNO, walau pun ada kemungkinan beberapa `kerat' manusia dalam agensi terbabit yang menyokong pembangkang. Beberapa `kerat' yang menyokong pembangkang tidak berupaya untuk mempengaruhi pengundi memandangkan risiko `cari makan' boleh menentukan masa depan mereka. Oleh itu kita tidak pernah mendengar mana-mana kaki tangan dalam agensi kerajaan yang tidak terbabit secara langsung dengan UMNO berkempen `habis-habisan' menentang UMNO. Mereka hanya mampu membantu satu undi [iaitu untuk diri sendiri sahaja].

Berbeza pula dengan mana-mana agensi yang terus berada di bawah naungan UMNO seperti Penerangan, KEMAS dan pertubuhan Belia lainnya, mereka akan bekerja bertungkus lumus tanpa mengira waktu untuk membantu `kempen-kempen' pilihan raya. Selain daripada kemudahan yang bakal diperolehi jika seorang calon UMNO `menang' mereka juga sudah disediakan dengan pelbagai fisiliti termasuk `wang saku'. `Wang saku' dilihat sebagai `motivasi' mereka bergerak.

Dalam satu contoh klasik yang berlaku di pilihan raya umum 1986, sebuah kampung di salah sebuah bahagian negeri Terengganu di lihat sebagai kubu PAS. Calon PAS ketika itu sememangnya yakin bahawa kampung tersebut akan menjadi tunggak kepada kampung-kampung lain bagi membantu kemenangan calon di kawasan tersebut. Dalam tempoh berkempen, tiba-tiba sahaja beberapa buah lori Tenaga Nasional Berhad [TNB] telah menurunkan kayu tiang elektrik di sepanjang jalan utama menuju ke negeri Kelantan. Ia memberi gambaran jika mereka memilih UMNO sudah pasti kampung tersebut akan `bermandikan cahaya' kerana mendapat bekalan elektrik. Dan pastinya kampung tersebut memilih calon UMNO kerana mahukan `bermandi cahaya' di rumah masing-masing.

Bagaimanapun khabarnya selepas selesai pilihanraya kayu itu diambil balik kerana `masalah teknikal' dan penduduk kampung itu terpaksa bergelap semula! [kini sudahpun ada bekalan elektrik kampung tersebut]. Ini baru peranan agensi secara tidak langsung seperti TNB atau pun telekom.

Selain tentangan daripada agensi-agensi kerajaan dan UMNO secara langsung mahupun tidak langsung, penubuhan konsortium ataupun konglomeret oleh kerajaan negeri dan pusat juga boleh menyukarkan pembangkang. Penubuhan konglomeret dengan kerjasama dalam dan luar negara memberi kesan positif kepada UMNO dengan memberi pelbagai `hadiah' kepada pengundi sebelum hari pengundian. `Hadiah' seperti pemberian komputer, mineral pot, makanan secara percuma kepada kanak-kanak sekolah selama setahun, jam antik atau sound system tercanggih kepada masjid dan sebagainya. Ini tidak termasuk kepada korporat baru dan `muda' yang memperolehi pelbagai kemudahan dari pemimpin UMNO dan kerajaan. Mereka melalui anak-anak syarikat turut serta memberi pelbagai hadiah kepada ratusan kampung dan desa yang terpencil.

Sebagai kesimpulkannya, apa yang saya bicangkan dari siri satu hingga siri 3, tidak sesiapa pun yang sihat dan waras menafikan yang UMNO ialah ‘THE GREAT OF DAJAL’ di Malaysia. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama sama-sama bangkit menentang UMNO, semoga dengan tiadanya UMNO di ala mini rakyat akan menikmati keadilan, kebebasan, keamanan dan kesejahteraan yang abadi. InsyaAllah.


http://tuntelanai.blogspot.com/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails