Wednesday, March 17, 2010

UMNO "THE GREAT OF DAJAL" - SIRI 1

Oleh: Tun Telanai

Blog ini adalah blog ‘ANTI UMNO’. Oleh itu, apa yang ditulis di sini adalah fakta-fakta benar bukan fitnah diambil dari sudut keburukan UMNO untuk diketengahkan kepada masyarakat pembaca bagi menilai sejauh mana gerak kerja politik UMNO selama ini adakah ia membawa keuntungan kepada agama, bangsa dan Negara.

Disamping itu, blog ini juga akan turut menulis dan membuat analisis mengenai individu-individu tertentu dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS yang pada pendapat saya mereka mulai lari dari perjuangan mendaulatkan dan menjaga haq serta kebajikan rakyat kerana UMNO terbukti telah gagal memertabatkan agama, bangsa dan negara, sungguh pun lebih setengah abad UMNO diberi amanah untuk memerintah Malaya, kemudian Malaysia.

UMNO gagal melaksanakan pembangunan bangsa dan memertabatkan Islam sebagai Ad-Din. Walau pun begitu, UMNO sejenis spesis yang tidak tahu malu [muka tembok atau mungkin bersalut dengan kulit babi] masih berusaha keras dengan segala tipu-muslihat untuk mengekalkan kuasa bagi memusnahkan terus kedaulatan bangsa [perlaksanaan pembanguan negara yang merugikan bangsa] dan agama [ajaran agama diperolok-olokan, ambil sebahagian yang membawa keuntungan, tolak sebahagian yang tidak membawa faedah padanya].

Tidak perlu bagi saya menulis dari sudut kebaikan UMNO kerana UMNO 24 jam, pagi-petang dan siang-malam, mereka asyik menjaja kebaikan yang mereka lakukan sebagai ‘juara rakyat’ kononnya. Tambahan pula, UMNO memiliki semua bentuk saluran penyampaian maklumat baik di daratan, di udara, di lautan, di dunia dan di akhirat bagi menyampaikan kebaikan yang UMNO lakukan dulu, kini dan selama-lamanya kepada seluruh rakyat dan juga di hadapan Allah swt kelak.

Berbanding dengan Pakatan Rakyat, mereka hanya ada internet yang kini dilingkaran dengan undang-undang anti kebebasan maklumat, akhbar parti yang dibenarkan terbit secara berkala [itu pun edarannya amat terhad hanya untuk ahli, tidak boleh diedar dan dijual kepada orang awam], di samping menggunakan saluran ceramah dalam primis sendiri untuk menyampaikan mesej perjuangan Pakatan kepada rakyat. Tempat awam tidak dibenarkan oleh pihak polis [permit tidak dikeluarkan] dengan alasan yang sudah expire kononnya untuk menjaga ‘keselamatan dan kenteraman awam’, tetapi hakikat sebenar untuk menyembunyikan pekung busuk yang ada pada UMNO daripada pengetahuan rakyat jelata.

Malang bagi rakyat Malaysia yang hidup dalam negara yang diperintah oleh golongan ‘barua’ yang anti kebebasan dan anti demokrasi. Gila kuasa yang mahu memegang kuasa selama-lamanya. Dengan kuasa, mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka mahu. Mereka boleh menguasai seluruh institusi negara dan jentera-jentera kerajaan bagi terus menerus menyokong UMNO dan para pemimpinya yang korup.

Oleh itu, langkah Nasharudin Md Isa menghadiri majlis pelancaran buku Fatini Yaacob berjudul Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merupakan satu tindakan yang menyalahi perakuan yang telah disepakati dalam Pakatan Rakyat bahawa tidak akan ada sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO selagi UMNO masih kekal dengan dasar dan budaya yang diamalkannya sekarang.

Kita menanti penuh harapan apakah pucuk pimpinan PAS pusat [Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man] sama ada akan mengambil tindakan terhadap Nasharudin seperti ia mengambil tindakan yang amat keras terhadap Khalid Abdul Samad?

Sebahagian besar rakyat yang berlindung di bawah Pakatan Rakyat terasa amat jijik untuk mengadakan perbincangan atau kerjasama dengan UMNO sepertimana kita terasa amat jijik apabila tersentuh babi dan anjing yang memerlukan kita bersuci tujuh kali dengan air bersih. Begitulah perumpamaan yang boleh dibuat di antara UMNO dengan babi atau anjing. Babi dan anjing lebih mulia dari UMNO, jika dipandang dari sudut moral, akhlak, tingkahlaku, cara mereka mencari harta dan cara social mereka.

Di bawah ini, saya akan menceritakan sebuah kisah benar yang terjadi kepada PAS. Ketika itu PAS berada dalam kedudukan lemah, tidak ramai pengikut dan tidak sepopular seperti sekarang, tetapi ahli-ahlinya begitu komited, mempunyai semangat yang yang tinggi dan kental serta berani berjuang ke titisan darah terakhir, demi mempertahankan prinsip perjuangan parti, tidak rela digadai maruah dan mertabat parti [seperti kumpulan al-syahid Ibrahim Libya]. Pada perkiraan saya, Nasharudin pada masa itu masih lagi hingusan, masih di alam persekolah.

Mereka hanya takut kepada Allah swt, bukan kepada makhluk. Ketika itu PAS terdiri daripada pak-pak lebai kampung yang mengaji pondok, para petani, peladang, penternak dan yang berkerja sendiri. Yang pentingnya mereka tidak materialistic. Mereka sanggop berkorban apa sahaja demi Islam. Sanusi Junid pernah mengaitkan PAS dengan 3P, iaitu Padi, Pondok dan PAS Tidaklah seperti sekarang, ahli-ahlinya terdiri daripada berbagai latarbelakang, ada tokoh korperat, professional dan sebagainya. Oleh sebab itulah, perjuangan PAS kini bersimpang–siur seperti tidak ada istiqamah di kalangan ahli-ahli. Hal ini sangat berbahaya kepada PAS sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan.

Satu peristewa yang tidak dapat lupakan dalam sejarah hidup saya ialah yang berlaku dalam PRU tahun 1990 [PRU ke-8]. Parlimen telah dibubarkan dan SPR pun sudah maklumkan hari penamaan calon dan hari pengundi. Parti-parti yang bertanding begitu sibuk menyiapkan diri untuk mempastikan segala-galanya berjalan lancar. UMNO dan gabungan parti-parti pembangkang ketika itu Semangat 46, PAS, DAP dan PRSM sudah pun mengerahkan jentera pilihan raya masing-masing bagi melakukan sebaik mungkin untuk menjamin kemenangan. Pilihan raya ini juga merupakan kali pertama "UMNO Baru" [baru ditubuhkan selepas peristewa 1987] bertanding dalam pilihan raya umum.

Tengku Razaleingh Hamzah mengetuai kempen menentang UMNO baru melalui parti Semangat 46 pimpinannya dan telah mengadakan kerjasama dengan PAS melalui Perpaduan Ummah dan dengan DAP, PBS dan lain parti pembangkang [bukan Melayu-Islam] melalui Gagasan Rakyat. Pada 11 Oktober 1990 adalah hari penamaan calon seluruh negara. Di pejabat sebuah Daerah di Kedah [daerah yang tidak ramai ahli PAS ketika itu] orang ramai sudah pun bertumpu untuk menyaksikan hari bersejarah itu. Para penyokong parti terutamanya dari UMNO [baca juga bermaksud : BN] begitu megah dengan memakai topi dan baju T yang sudah ditempah. Berkibaran bendera parti yang dibawa dengan pelbagai laungan dan nyanyian. Laungan `hidup Mahathir’. `Hidup UMNO’. `Hidup BN’ bersilih ganti. Lagu `Malaysia Jaya’ dan Selawat juga turut berkumandang. Penyokong UMNO sudah awal-awal lagi bertebaran di lapangan pejabat tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, para penyokong PAS bersama calon berjalan beriringan dari luar menuju ke pejabat daerah tersebut. Mereka juga membawa bendera dan sepanduk seperti slogan :`Hidup Bersama Islam’. Hanya ada kira-kira 30 orang dewasa, ada yang memakai serban dan berkain pelekat. Di kalangan wanitanya pula semuanya bertudung labuh dan ada seorang dua yang memakai purdah.

“ Aku kesihan melihat penyokong PAS,” kata seorang rakan kepada saya.

“Kenapa?”soal saya kembali.

“ Habis ditelan dengan penyokong UMNO” jawabnya sambil menikmati rokok Dunhill.

Mata saya melerek melihat para penyokong PAS. Terlalu sedarhana dan seolah-olah begitu naif. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli pelbagai kelengkapan dan hanya bergantung seratus peratus kepada semangat. Alangkah sedarhananya mereka…

“Dik ke sini sekejap…” laungan rakan saya kepada salah seorang anak kecil yang berada di kelompok penyokong PAS. Pakaian Melayunya agak lusuh di samping memakai kopiah putih.

“Sini dik. Sana panas…” kata rakan saya apabila anak kecil itu menghampiri kami.

Anak itu hanya menundukkan kepala. Dia berdiri di samping kami sambil memerhatikan orang di sekeliling. Walaupun berpakaian lusuh, tetapi dari air muka menunjukkan keberanian dan semangat. Sesuatu yang tiada pada sesetengah pemimpin UMNO.

“Mana ayah?”

“Tu…” tunjuknya kepada seorang lelaki tua yang begitu asyik memegang bendera. Kami melambai tangan ke arah orang tua itu dan disambut dengan senyuman.

Mungkin sama seperti rakan saya itu, alangkah sayunya hati ini. Para penyokong PAS begitu bersemangat walaupun mata-mata liar penyokong UMNO seolah-olah menyebek mereka. Adakah kerana kekurangan ini `orang-orang Melayu-Islam dalam PAS seperti dihina? Adakah kerana mereka kurang penyokong bererti PAS lemah dan UMNO kuat? Alangkah kagumnya hati ini dengan semangat dan keberanian mereka.

Balik dari menyaksikan penamaan calon tersebut. Hati saya mulai terpikat dengan perjuangan PAS. Saya merasa sedih dan kecewa dengan penyokong UMNO yang sanggup menghina dan memperlecehkan penyokong PAS yang sedikit bilangannya dalam perhimpunan diperkarangan pejabat daerah tadi.

Saya jadi marah dan dendam saya kepada UMNO sampai kini tidak pernah padam kerana kurang ajar dan biadapnya penyokong UMNO terhadap sesama Melayu-Islam terutama kaum muslimahnya, tetapi mempunyai ideologi politik yang berbeza. UMNO berjuang atas prinsip secular dan memperkembangkan dan membudayakan amalan rasuah dalam masyarakat. Manakala PAS berjuang atas prinsip mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini. PAS mengamalkan amal makrof nahi mungkar. Sejak dari tarikh tersebut saya menyertai PAS dan berjuang dalam PAS menentang UMNO dengan kudrat yang ada dari kurniaan Allah swt.


Bersambung siri ke-2.


http://tuntelanai.blogspot.com/

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails