Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, March 12, 2010

Tempoh Mohsin tarik balik keputusan tamat - Ahmad Awang

BAGAN SERAI, 12 Mac: Malam tadi tamatlah tempoh tujuh hari yang diberikan oleh pendukung Pakatan Rakyat (PR) Bagan Serai kepada ahli parlimen kawasan ini, Mohsin Fadzli Samsuri untuk menarik balik keputusannya meninggalkan PR.

Mulai malam esok, mereka mulai mengadakan solat hajat selama tujuh hari memohon kepada Allah agar ahli parlimen itu insaf atau menyerahkan kembali mandat rakyat itu dengan meletakkan jawatan.

Majlis solat hajat akan diadakan esok bermula dengan solat Maghrib di Balai Kuliah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol, kata bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Katanya, semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, beliaulah yang memperkenalkan Mohsin kepada orang ramai khasnya masyarakat Cina dan PAS Kawasan Bagai Serai.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura berkata, solat hajat itu akan berakhir Jumaat depan di Masjid Tinggi Bagan Serai,” ujarnya.

"Saya cuba hubungi dia (Mohsin), sejak keluar berita, hanya semalam dia sms balas saya dan tolak apa yang kami minta. Apa yang kami minta supaya tidak sokong Bebas, tidak sokong BN dan sokong Pakatan sama ada dalam atau luar parlimen.

"Selepas tamat tempoh, dia nampaknya berkeras dan kami akan mengadu kepada Allah memohon petunjuk daripada-Nya kerana dia khianat amanah rakyat masalah pilihan raya lalu," ujarnya.

Mohsin mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Mac lalu dengan alasan kecewa Pakatan mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Pada PRU ke-12 lalu, Mohsin yang mendapat 18,943 undi menewaskan Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti 3,413 undi.


HarakahDaily

1 comments:

FMZam said...

Apa pulak bertempoh-tempoh dah belah tu lagi baik dia berambus jangan nak harap dia rujuk semula macam lah Pakatan ni gila talak pulak. Toksah harap dia nak serah balik mandat rakyat kalau dia boleh tukar mandat tu dengan duit UMNO, dia tetap akan tukar. Pakatan lebih baik sembahyang hajat bagi mangkok ni kojol sebab selagi dia hidup jangan harap dia nak serah semula mandat rakyat tu dengan tangan kosong.

Archive

Related Posts with Thumbnails