Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 1, 2010

Syukur mereka keluar - Syed Husin

KUALA LUMPUR, 1 Mac: "Selepas Fairus Kamarudin, dua lagi tokoh kontroversi PKR dijangka akan keluar parti dan menyokong Umno," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam satu kenyataan medianya pagi ini.

Ekoran itu, katanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengucap syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti.

Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti, kata Syed Husin dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan.

"Apabila berhenti, beliau menuntut supaya parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian," kata Syed Husin.

Menurutnya, atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati, PKR memberikannya “kerja” dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000.

"Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu," katanya.
Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya.

"Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar," kata Syed Husin.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

1 comments:

hj jamaludin said...

Komen dari Dr Syed Husin Ali
""Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi ""
So apa lagi yang di tunggu lagi Fairus pasang Lawyer sue Dr Syed Husin Ali kerana buat kenyataan palsu dan hina . Apa dia ( DR syed )ingat kau (Fairus)sengkek ke ? Kau bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang . Saman Dr Syed Husin Ali , jangan tak saman kerana kau ( Fairus )da tak ada income bulanan kerana kau ( Fairus ) da letak jawatan . Apa yang kau tunggu , tunjukkan kejantanan kemelayuan kau .

Archive

Related Posts with Thumbnails