Wednesday, March 10, 2010

Siapa Zulkifli sebenarnya? Munafiq, Badut atau Bacul?

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً۬ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالاً۬ وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِى صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُ‌ۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ (١١٨


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)

Berikut adalah salah satu komentar yang saya ambil dari entri Zulkifli Badut Kulim Manoss said...
Salam YB,

Walaupun saya tidak tinggal di Kulim, tapi
ramai sedara dan rakan sekerja saya yang tinggal di daerah Kulim. Apa yang saya
dengar tentang saudara amat tidak sedap ditelinga. Dalam hal perhubungan saudara
dengan masyarakat setempat hinggalah kepada khidmat kepada masyarakat disana.
Jika dari semua ulasan yang saya dapati, saya rasa elok jika saudara meletakkan
jawatan saudara dan jadilah jantanmen. Saya tahu saudara adalah lelaki yang
berprinsip dan berhemaah.

Salam maju jaya pada YB


Ya, Kalau benar si Badut ini ada prinsip dan berhemah, beliau sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu. Badut ini patut meletakkan jawatannya bukan sahaja kerana ramai penduduk Kulim yang tidak berpuas hati terhadapnya, tetapi kerana janji yang pernah badut ini luahkan sendiri.

Bukankah badut ini telah membuat kenyataan “kesediaannya meletakkan jawatan pada bila-bila masa’ Baca kenyataan beliau di sini

Badut ini, dalam kenyataan tersebut turut berkata :

“ politik bukan keutamaannya dan dia sanggup meninggalkan PKR jika dilihat sebagai membawa masalah kepada gabungan pembangkang itu.”

Bukankah itu semua omongan kosong? Apakah beliau tidak malu kerana masih mahu mengaku dirinya sebagai seorang pejuang Islam sedangkan terbukti beliau telah memungkiri janji untuk meletakan jawatan , malah komentarnya dilihat membawa masalah kepada Pakatan Rakyat.

Semua orang maklum bahawa manusia yang tidak mematuhi janji itu digulungkan sebagai munafiq.Manusia munafiq adalah bacul kerana mengaku dirinya Islam walhal yang sebenarnya adalah sebaliknya.

Wahai Zulkifli, buktikanlah bahawa engkau itu bukan Munafiq , bukan juga seorang Badut ; dan bukan juga seorang yang Bacul.Siapa sebenarnya anda ini? Shut up your big dirty mouth and please walk your talk!

catatan : gambar diatas sebagai hiasan - tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang akan mampus! / end


Catatan Oleh Alhusseyn

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails