Monday, March 29, 2010

Siapa sapu RM52 Billion Saham untuk Bumiputra?

Berdasarkan laporan Bernama, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata bahawa saham bernilai RM54 bilion telah diperuntukkan, tetapi hanya RM2 bilion saham yang tinggal di tangan Bumiputera

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu kerajaan menyiasat sebab saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada Bumiputera di bawah dasar afirmatif kerajaan tidak lagi dimiliki oleh mereka.

Ketika bercakap kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini, hakikat ketiadaan lagi saham-saham itu di tangan Bumiputera adalah satu pengkhianatan.

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang mahu satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat ketirisan seumpama itu.

Menurut Lim (gambar), daripada RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera hanya RM2 bilion saham sahaja masih dimiliki mereka.

“Berdasarkan laporan Bernama, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata bahawa saham bernilai RM54 bilion telah diperuntukkan, tetapi hanya RM2 bilion saham yang tinggal di tangan Bumiputera,” kata Lim.

“Ini satu bentuk pengkhianatan. Kerajaan perlu menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang 'melarikan' wang ini,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai idea ke mana perginya saham-saham, Lim sambil senyum mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tahu siapa yang menguasai saham-saham ini dan juga mengapa tiada tindakannya daripada pihak kerajaan.

“Kami di PR tahu siapa yang memiliki saham-saham ini. Ia dikuasai oleh kroni-kroni Barisan Nasional, sebab itu kerajaan tidak mengambil tindakan.

“Jika benar kerajaan betul-betul mengambil berat perlu menghantar mesej bahawa mereka serius dalam mengambil tindakan,” kata Lim lagi.

Ekuiti Bumiputera semasa adalah dalam lingkungan19.4 peratus berbanding sasaran 30 peratus yang ditetapkan kerajaan.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails