Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, March 2, 2010

Senarai Pengkhianat PKR

oleh Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : Tahan uji mendepani cabaran dan setia dalam perjuangan yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu antara kiteria penting yang perlu ada bagi mana-mana calon PKR yang berhasrat bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang telah bertindak keluar meninggalkan parti itu akhir-akhir ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan parti itu, ia adalah wadah sebenar kepada mana-mana insan di negara ini yang berhasrat mendukung prinsip perjuangan demi membawa perubahan untuk rakyat Malaysia.

"Oleh itu, tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang oleh kelompok-kelompok insan terdesak yang sedar pengaruh mereka kini goyah dilanda kesedaran rakyat.

"Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama PKR. Perjuangan ini menuntut kesediaan dan kesanggupan calon untuk mengharungi segala tekanan dan cabaran," katanya.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu, bahawa walaupun PKR menghadapi sedikit hambatan kewangan menjelang pilihan raya umum sejak Mac 2008, tapi parti itu tetap menampilkan calon-calonnya dalam kalangan yang terbaik.

"Bagaimanapun sudah tentu ada antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan PKR sekali gus mengecewakan hasrat rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

"Namun, saya yakin bahawa kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha (untuk) tidak mengulangi kesilapan sebegini pada masa hadapan," katanya.

"Kepemimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan, malah calon itu sendiri perlu terdiri daripada mereka yang tahan diuji dan setia kepada perjuangan ini," kata Ahli Permatang Pauh itu diblognya.


Senarai Pengkhianat PKR

~Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)

~Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar

~Naib Presiden, Marina Yusof

~Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak

~Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

~Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)

~Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

~Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

~Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor

~Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip

~Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

~Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan


Wakil Rakyat Pengkhianat

~Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim

~MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng

~Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,

~ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,

~Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,



~ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,

~ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,

~ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong

~Lain-lain yang bermasalah

~Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,

~Ahli MPT PKR, Christina Liew (Merajuk dan jawatan)

~Bekas MPT, Zainur Zakaria (Tumpu bidang guaman)

~Bekas ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam (Tiada Ketahanan uji)



~MP Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (Tidak memahami perjuangan KEADILAN)

~MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Bekas Ahli DAP, Pengasas parti MDP, serpihan DAP)

~MP Indera Mahkota, Azan Ismail (berani menegur parti)

4 comments:

FMZam said...

No lah anwar, itu semua tak kan boleh stop kalau dia orang tetap nak khianat, dia akan khianat. Jangan buang masa nak letak semua nilai2 itu sebagai syarat sebab itu semua sememangnya patut ada di hati sanubari pemimpin rakyat. Yang sepatutnya dibuat ialah tentukan supaya sesiapa wakil rakyat PKR atau PR yang tidak lagi mahu bersama PR mesti meletakkan jawatan dan mengkosongkan kerusi mereka kerana mereka dilantik atas pilihan rakyat, jadi pulangkan kepada rakyat menentukan wakil mereka.

Rakyat dah masak dengan janji2 dan sumpah ahli2 politik, jadi hanya dengan cara kosongkan kerusi dan pulangkan semula kuasa kepada rakyat, baharulah wakil2 rakyat akan lebih sedar akan keampuhan kuasa rakyat dan kuasa itu tidak lagi boleh dipermainkan oleh sesiapa pun ahli politik.

Anwar, kalau tidak ada undang2 negara ini yang mengkehendaki kerusi wakil rakyat yang belot dikososngkan, maka biar sahaja PR yang adakan undang2 tubuh sedemikian, apa perlu tunggu lagi untuk jadikan PR sebuah parti yang berintegriti! Lakukan!

luar kotak said...

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
by meet uncle hussein DRAMA KING

zakwan said...

Good compilation of traitors
However,leave YB Azan of Indera Mahkota out of this
He's labelled a traitor because he committed the offense of "berani menegur parti"

If that's case,where's Zaid Ibrahim
Didn't he too once was had 2 face the disciplinary board 4 making statements detrimental 2 the party

Actually his statement regarding Zul Noordin is nothin serious
Same goes 2 YB Azan
PKR Pahang leader,Dato Fauzi should take this an indicator that his leadership approach is still coming short

Anonymous said...

Saudara,

1.drpd senarai tersebut apakah moralnya.majoriti yg belot dan buat tahi adalah best friend anwar.anwar ni ada masalah sikit.dia akn ltk org dia/sahabat dia dlm jwtn penting wlupun suara akar umbi,cabang&negeri mempunyai calon yg lbh kaliber/bekerja/org lama.anwat tk pernah dgr suara bawahan.Nah amik kau penangan drpd sahabat2 baik dia sprt Salehudin, zahrain, mohsin, nalla, zul nordin, fairus.

2,Soal jeffry, anwar malukan diri sendiri.dah tahu 18 cabang drpd 25 caband di sabah sokong jeffry knp dia menggatal ltk si Ansari Abdullah.fhm dia nk melayu lead kt sabah, tp secara realiti jeffry yg control sabah.suara kadazan dusun kekuatan pkr di sabah.bkn melayu.

3.Arumugam tu patut anda puji.sknrg2nya dia tk lompat sprt melayu islam wlupun dia bkn islam.patut org islam lg kuat jatidiri drpd dibeli.kes arumugam dia dah jumpa anwar personal.dia undur cr hormat.kalau anak bini anda diugut, anda sanggup kehilangan mrk utk parti? jwb jgn jujur

4.jgn main tembak saudara.

5.Cina dan india kt luar sana dah sangsi dgn calon melayu pkr pd pru akn dtg.sila wat sesuatu utk kembalikan keyakinan mrk

Salam perjuangan

Archive

Related Posts with Thumbnails