Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, March 5, 2010

Saya Doa Zulkifli Noordin tinggalkan PKR

YB Zul ni dah jadi macam Tengku Razaleigh dengan UMNO pulak ya.. Apa kata kalau YB - YB ni buat pertukaran suka sama suka..

YB Zul pindah pergi ke UMNO dan Tengku Razaleigh pula pindah masuk PKR.. ala.. macam kakitangan kerajaan yang berpindah tukar suka sama suka tu la..





Saya doa Zulkifli Noordin tinggalkan PKR - Zaid

Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 5 Mac: Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, bukan sahaja menggalakkan malah mendoakan Zulkifli Noordin segera keluar dari PKR.

"Saya menggalakkan dia untuk keluar (PKR)? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR," katanya disambut gelak ketawa wartawan.

Ianya berikutan tindakan Zulkifli yang didakwa sering mengkritik parti secara terbuka sehingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berenti, munasabah,” ujarnya.

Menurutnya, sebarang rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti perlu disalurkan secara betul, dan bukannya menyerang secara terbuka.

"Saya juga ada kalanya tidak bersetuju dengan pimpinan, jadi kena salurkanlah secara betul, PKR pada saya sangat terbuka," katanya.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media di kediamannya hari ini, Zaid juga berkata pendirian Zulkifli tidak mengiktiraf panel bukan Islam dalam jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR hanya alasan semata-mata.

"Kalau kita masukkan semua Islam sebagai panel, dia pula akan kata, dua orang Islam itu tidak cukup Islam. Jadi apa kita perlu buat?

"Ini bukan soal fatwa hukum, ini soal disiplin parti, mana boleh lantik orang Islam sahaja," katanya.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam bertindak keluar dari sesi mengadap jawatankuasa lembaga disiplin selepas tidak berpuas hati dengan keanggotaan panel bukan Islam dalam jawatankuasa itu.

Beliau mendakwa panel yang sepatutnya menentukan masa depannya perlu dianggotai oleh orang Islam sahaja kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Panel berkenaan dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.


HarakahDaily

2 comments:

melor45 said...

Sapa pun takkelapaq kepada siZUL ni mungkin bini dia pun dah tak mau tidur sekatil ,jikalau dia tau sifat sebenar suaminya.Aku masih terbayang-bayang waktu dia dok mai lobi orang Kulim B/Bahru nak jadi calun dulu tahun 2005/06 dia dok cerita dia ni kamcing dengan DSAI sehingga urusan perkahwinan Nurul Izzah dg kerabat raja Johor tu dialah yang diamanahkan sebab DSAI masih terpenjara pada masa tu.Dia juga bercerita bahawa dia ni anak bekas FRU yang pi serang madrasah Ustaz Ibrahim Libya diMemali.Rupa-rupanya inilah sikap sebenar siZul ni pembelit,penyamun dan tangkai jering selepas kemenangan dulu banyak ekor lah lembu yang disembelih meraikan kemenangan PR tapi siZul tak hulur duit sekepiang pun,dia tak balik kekawasan Kulim B/Baharu ini sebab dah tak dak tempat nak tiduq dan mandi tak kan nak tiduq dimasjid,sebab tak pernah bersedekah ketabung masjid,buang air dimasjid ade le.Pusat kidmat dia pun dah disita sebab tak bayar sewa tapi siZul Munafik ni ada kunci pendua,masuk tiduq secara haram,apa kejadahnya MP ni tuan rumah kena tempah kunci baru.Bukan nak membantu tapi menyusahkan.

Samdol said...

Kalau malaun ni belah ada orang Kulim BB buat kenduri pisang rasanya. Malaun ni perangai dah semakin pelaq....Keluar la cepat2 zul oii...kami xheran pun....

Archive

Related Posts with Thumbnails