Tuesday, March 23, 2010

Saguhati RM100 pun BN Pulau Pinang nak jadikan isu..

Guan Eng berkata, tindakan BN meminta SPRM menyiasat Kerajaan Negeri ekoran pemberian wang sagu hati itu kerana sudah bankrap politik akibat ketandusan idea dalam mencari salah Pakatan Rakyat (PR).

mmm.. mungkin tindakan Guan Eng dan Pakatan Rakyat ini salah dari kacamata UMNO/BN.. kerana selama 50 tahun memerintah Pulau Pinang, UMNO/BN lebih mementingkan kroni mereka bukan rakyat Pulau Pinang sendiri..

Jadi sebarang bentuk bantuan kewangan hanya perlu diagihkan sesama kroni mereka, baru betul macam tu..


GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan Barisan Nasional (BN) bankrap politik apabila meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemberian wang sagu hati RM100 dalam Program Penghargaan Warga Emas yang dikatakan sebagai rasuah.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun mendapat maklum balas yang baik daripada SPRM apabila Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim hadir sama pada Majlis Penghargaan Warga Emas Pulau Pinang Peringkat Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.

“Pengarah SPRM (Latifah) sendiri hadir semalam (kelmarin), namun tiada tindakan yang diambil, apatah lagi menangkap saya. Beliau (Latifah) sempat meluangkan masa minum teh bersama saya,” katanya.

Ini, kata Guan Eng, membuktikan langkah Kerajaan Negeri melancarkan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sagu hati RM100 bukan rasuah seperti yang didakwa oleh BN,” katanya.

Guan Eng berkata, tindakan BN meminta SPRM menyiasat Kerajaan Negeri ekoran pemberian wang sagu hati itu kerana sudah bankrap politik akibat ketandusan idea dalam mencari salah Pakatan Rakyat (PR).

“Hari ini kita dapat buktikan, ia bukan tipu dan bukan usaha menarik ahli atau sebagainya. Kita semua boleh layangkan wang RM100 di depan penyokong BN sebagai bukti,” katanya.

Menurutnya, BN sentiasa mencari peluang untuk mensabotaj program Kerajaan Negeri dengan meracuni pemikiran rakyat menerusi pelbagai fitnah dan tohmahan.

“Salah satu sebab mengapa lebih 20,000 warga emas tidak mendaftar adalah kerana kempen jahat pembangkang BN yang cuba mensabotaj program dengan menabur fitnah bahawa ia adalah tipu dan sesiapa yang berdaftar akan jadi ahli PR,” katanya.

Semalam, seramai 300 warga emas hadir bagi menerima sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Program Penghargaan Warga Emas di Kompleks Masyarakat Penyayang yang disampaikan Ketua Menteri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 ke alamat penerimanya bagi memudahkan urusan penerimaan wang itu.

“Ini memudahkan pengagihan agar warga emas tidak perlu bersusah-payah berkunjung ke Pusat Khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan dan ia akan dikirimkan bersama satu salinan surat daripada saya,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails