Monday, March 1, 2010

Rumah Ketua UMNO BAHAGIAN dipecah.. rugi RM400,000.00

Bacalah.. Ini baru rumah ketua Bahagian UMNO sahaja, aku ulang KETUA BAHAGIAN UMNO saja.. barang kemas bernilai RM400,000.00 dan RM10,000.00 Wang tunai hilang..

Berita dalam Berita Harian Online tadi ada sekarang dah tak boleh acess.. berita dibawah ini dari Bernama..


KUALA LUMPUR, 28 Feb - Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengalami kerugian lebih RM400,000 apabila kediamannya dipecah masuk dipercayai oleh tiga lelaki Indonesia di Taman TAR, Ampang Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.30 pagi dan mangsa telah menghubungi polis dua jam kemudian.

"Siasatan awal mendapati suspek-suspek itu memasuki rumah mangsa melalui pintu pagar besi (grill) yang telah diumpil.

"Lokasi rumah yang terpencil dan tiada kawalan (guard) mahupun CCTV (kamera litar tertutup) menyebabkan mangsa dan keluarga tidak menyedari kediaman mereka dimasuki," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Abdul Jalil berkata Syed Ali bersama isteri, dua orang anak serta seorang pembantu rumahnya yang sedang tidur semasa kejadian, tidak dicederakan.

Selain barang kemas bernilai kira-kira RM400,000, beliau berkata mangsa turut kehilangan wang tunai RM10,000 yang disimpan di dalam peti besi di biliknya.

"Polis sedang mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek yang mana kita percaya mereka ini adalah saki-baki dari kumpulan Geng Rantau yang terlibat dalam kejadian samun dan pecah masuk rumah di sekitar Lembah Klang," katanya.

BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails