Wednesday, March 31, 2010

RM100 : Dato Azhar kalau mahu isi borang, usah pertikai.

Inilah caranya Umno memperjuangkan nasib bangsa Melayu, mereka sanggup menabur fitnah semata-mata tidak mahu warga emas di kampung-kampung termakan pemberian RM100 setahun


Amir sedang memikirkan,
apa lagi aku nak kata kat orang tua ni..

Mohd Sabri Said

SEBERANG JAYA, 31 Mac: Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim boleh mengisi borang untuk mendapatkan sagu hati RM100 pemberian Kerajaan Pakatan Rakyat negeri daripada mempertikaikan usaha membantu golongan warga emas.

Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amir Ghazali dalam nada sinis berkata, Azhar yang juga setiausaha Umno negeri sememangnya berkelayakan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

"Walaupun hanya RM100 setahun iaitu 27 sen sehari, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menunjukkan keprihatinan yang tinggi, tidak sebagaimana Umno langsung tidak menghargai jasa warga emas," ujar beliau.

Katanya, Azhar dan Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Jalil Abdul Majid wajar sedar apa yang telah dibuat oleh Umno untuk rakyat termasuk warga emas selama memerintah negeri sebaliknya lebih berusaha untuk mengenyangkan perut kroni sahaja.

Tambahnya lagi, jika warga emas di kubu kuat Umno tidak mengambil pemberian wang kerajaan negeri yang berjumlah keseluruhan RM20 juta itu, mereka juga yang rugi bukannya kepimpinan Umno yang sering masuk kampung mempertikaikan usaha tersebut.

“Inilah caranya Umno memperjuangkan nasib bangsa Melayu, mereka sanggup menabur fitnah semata-mata tidak mahu warga emas di kampung-kampung termakan pemberian RM100 setahun.

"Umno sanggup memperkudakan warga emas untuk kepentingan politik sempit mereka. Kedatangan Pemuda Pakatan Rakyat ke beberapa lokasi yang dikuasai oleh Adun Umno akan menyelesaikan masalah berkenaan tidak lama lagi," tambahnya yang juga Ketua AMK Cabang Permatang Pauh.

Beliau memberitahu, Sektetariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri terpaksa melakukan 'road show' ke serata kubu kuat Umno untuk mendaftarkan 50,000 lagi warga emas yang masih tidak berbuat demikian akibat terlalu mendengar tohmanah kepimpinan Umno/BN.

Katanya, tindakan itu akan dimulakan pada penghujung bulan April ini iaitu setelah pemberian RM100 kepada semua warga emas yang mendaftar selesai.

Jelas beliau, sepatutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno bekerjasama dalam hal ini bukanya bertindak menghalang warga emas daripada memperolehi saguhati RM100 setahun semata-mata mengenang jasa mereka berkorban untuk pembangunan negeri.

"Masih ada 50,000 lagi warga emas yang belum didaftarkan daripada jumlah 82,938 orang yang telah mula menerima sumbangan tersebut daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri pada dua majlis penyerahan simbolik di Dewan Serbaguna Seberang Jaya dan Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Boleh dikatakan 50,000 lagi di Dun yang dikuasai Umno," tegasnya.

Katanya, Umno bukan sahaja tidak bekerjasama untuk menjayakan hasrat murni kerajaan berhati rakyat itu bahkan memperkecilkan sumbangan yang diberikan kononnya terlalu kecil buat seorang warga emas.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP negeri, Ng Wei Aik mencabar Azhar dan Jalil melaporkan pemberian RM100 setahun itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) jika mendapati ianya berbaur politik.

Menurutnya, Ketua Menteri sendiri sanggup dipanggil untuk disiasat jika langkah tersebut merupakan satu kesalahan yang terdapat pada undang-undang pilihan raya.

"Pemberian itu bukan salah dari segi undang-undang sebab ia dibolehkan kerana itulah pengorbanan kerajaan yang dilantik rakyat, bukan mencuri wang rakyat," tegas beliau.


Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails